MARSEILLE: Seramai 25 orang dibicarakan di selatan Perancis pada Isnin selepas dituduh menyembelih kuda yang diperoleh daripada industri farmaseutikal dan menjual daging haiwan itu di pasaran walaupun ia tidak sesuai untuk dimakan oleh pengguna.
Defendan utama dalam perbicaraan di bandar Marseille itu ialah pemborong daging, Patrick Rochette.
Sementara 18 individu termasuk doktor haiwan, peniaga dan penjual daging turut dituduh menjalankan rangkaian perdagangan daging kuda tercemar.
Kesemua defendan termasuk warga Belgium dan Belanda telah dibicarakan sejak Jun lalu kerana melanggar peraturan kebersihan Kesatuan Eropah (EU) yang mengawal perdagangan daging kuda.
Mereka dituduh memalsukan dokumen rasmi antara 2010 dan 2015 serta memperdaya pemilik kuda tua untuk mempercayai bahawa haiwan itu akan menghabiskan sisa kehidupan di luar bandar, namun hakikatnya ia terus dibawa ke pusat penyembelihan.
Penyiasat menyifatkan skandal tersebut sebagai "amalan penipuan berskala besar."
Dalam skandal itu, dokumentasi palsu diberikan kepada kuda yang digunakan untuk menghasilkan serum oleh syarikat farmaseutikal Sanofi-Pasteur di sebuah ladang di selatan Perancis.
Kuda-kuda itu sebelum ini telah dihalang secara kekal daripada penyembelihan untuk kegunaan manusia.
Pun begitu, dokumen palsu itu membolehkan haiwan tersebut disembelih di Narbonne di selatan Perancis termasuk di Verona, Itali dan Barcelona di Sepanyol.
Bagaimanapun, pakar yang ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut membuat kesimpulan bahawa terdapat "tiada risiko toksikologi utama" kepada pengguna.
Oleh kerana keupayaan pengeluaran darah dan air kencing yang banyak, kuda telah lama digunakan dalam industri farmaseutikal bagi menghasilkan vaksin, serum dan produk terapeutik lain.
Daging kuda biasanya lebih murah daripada daging lembu dan telah lama menjadi sebahagian daripada diet di seluruh negara Eropah termasuk Perancis, tetapi popularitinya telah merosot dalam beberapa dekad kebelakangan ini selain pengeluarannya dikawal ketat.
Skandal daging kuda terbesar tercetus pada 2013 apabila berjuta-juta produk sedia untuk dimakan telah ditarik balik dari kedai-kedai di seluruh Eropah selepas ia didapati mengandungi daging kuda dan bukannya daging lembu seperti yang ditunjukkan pada label. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023

Mereka dituduh memalsukan dokumen rasmi serta memperdaya pemilik kuda tua untuk mempercayai bahawa haiwan itu akan menghabiskan sisa kehidupan di luar bandar, namun hakikatnya ia terus dibawa ke pusat penyembelihan. - Gambar hiasan/REUTERS

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Perancis bicara dalang jual daging 'kuda makmal'
18 individu termasuk doktor haiwan, peniaga dan penjual daging turut dituduh menjalankan rangkaian perdagangan daging kuda tercemar.