KUALA LUMPUR: 'Perang' membendung pandemik COVID-19 semakin sengit dan kini lebih tertumpu di Lembah Klang berikutan kepadatan dan pergerakan penduduknya yang tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Justeru, beliau berkata selain meningkatkan kadar vaksinasi, kawalan ketat juga dijalankan dalam tempoh dua minggu ini bagi membendung penularan virus itu di kawasan Lembah Klang.
"Dalam tempoh dua minggu ini bagi sektor yang dibuka, kita mahu lihat bagaimana untuk ketatkan kawalan. Dua minggu ini untuk beri masa supaya kita dapat kenal pasti kawasan terlibat, tingkatkan saringan serta kes kontak rapat dikesan dan seterusnya kurangkan jangkitan dalam komuniti kita.
"Kedua, pertingkatkan vaksinasi di Lembah Klang. Selangor masih jauh (ketinggalan) sebab penduduknya ramai jadi dari segi vaksinasi, memang banyak diberikan tetapi peratusan terima vaksin masih rendah. Kita dimaklumkan Selangor terima empat juta dos vaksin bulan ini," katanya selepas menjadi tetamu program 'The Nation' terbitan Bernama TV malam ini yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi.
Malaysia hari ini merekodkan 9,353 kes baharu COVID-19 dan Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur (1,398 kes).
Dr Noor Hisham percaya virus COVID-19 boleh dikawal sekiranya kadar vaksinasi ditingkatkan dengan keutamaan diberikan kepada kawasan berisiko dan beberapa sektor yang dibenarkan operasi semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara pada masa ini.
Beliau berkata dengan peningkatan keupayaan proses suntikan antara 300,000 dan 400,000 dos sehari, unjuran Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 70 hingga 80 peratus populasi Malaysia divaksin dapat dicapai sekitar September atau awal Oktober depan.
Katanya kawalan jangkitan wabak itu juga boleh dilihat sekiranya Malaysia sudah mencapai jumlah 50 peratus penduduk menerima vaksin.
Dr Noor Hisham juga berkata petugas kesihatan dari negeri yang memasuki Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara akan ditempatkan di kawasan panas COVID-19 bagi membantu negeri yang memerlukan seperti Selangor dan Kuala Lumpur.
Mengakui petugas barisan hadapan sedang menghadapi lesu upaya setelah berjuang memerangi pandemik itu hampir dua tahun, beliau menasihati mereka agar terus cekal dalam menjadi 'wira negara' yang mempertahan Malaysia daripada ancaman wabak tersebut.
Beliau berkata petugas barisan hadapan tidak boleh berputus asa dalam memerangi wabak itu kerana Malaysia masih belum bebas daripada penyakit berjangkit tersebut.
"Ini peperangan berpanjangan dan ia memakan masa. Kita semua terkesan termasuk rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan. Petugas barisan hadapan merupakan barisan pertahanan yang terakhir. Ini peperangan yang sangat sengit sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
!['Perang' bendung COVID-19 lebih tertumpu di Lembah Klang - KP Kesihatan 'Perang' bendung COVID-19 lebih tertumpu di Lembah Klang - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625935289_TanSriDrNoorHish.jpg)
Dr Noor Hisham berkata selain meningkatkan kadar vaksinasi, kawalan ketat juga dijalankan dalam tempoh dua minggu ini bagi membendung penularan virus itu di kawasan Lembah Klang. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739493241_TrumpVladimir.jpg)
Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.
![Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737675403_TBTrumpPutin.jpg)
Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.
![Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736983513_GazaPalestineHam.jpg)
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
![Hamas setuju bentuk jawatankuasa bersama Palestin tadbir Gaza selepas perang Hamas setuju bentuk jawatankuasa bersama Palestin tadbir Gaza selepas perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731386312_NorthernGaza.jpg)
Hamas setuju bentuk jawatankuasa bersama Palestin tadbir Gaza selepas perang
Hamas berkata ia telah mengadakan perbincangan mendalam dengan kumpulan Fatah di Kaherah untuk membentuk jawatankuasa bagi mengurus Gaza.
![Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722923052_BenjaminNetanyahu.jpg)
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
![Naim Qassem ikrar teruskan perang dengan Israel Naim Qassem ikrar teruskan perang dengan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727699991_SheikhNaimQassem.jpg)
Naim Qassem ikrar teruskan perang dengan Israel
Jelas Naim, beliau akan meneruskan agenda yang ditetapkan pemimpin terdahulu, Hassan Nasrallah.
![Netanyahu nafi sasar UNIFIL Netanyahu nafi sasar UNIFIL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722923052_BenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu nafi sasar UNIFIL
Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel berusaha keras untuk mengelak anggota UNIFIL semasa menyerang pejuang Hezbollah.
![China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723887699_WangYi.jpg)
China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel
Wang Yi turut menggesa Israel memastikan keselamatan kakitangan pasukan interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
![Perluasan perang di Lubnan tangguh gencatan senjata, Ketua UNRWA beri amaran Perluasan perang di Lubnan tangguh gencatan senjata, Ketua UNRWA beri amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728832602_TBLebanon.jpg)
Perluasan perang di Lubnan tangguh gencatan senjata, Ketua UNRWA beri amaran
Ratusan ribu orang, sebahagian besar daripada mereka wanita dan kanak-kanak, terpaksa melarikan diri untuk mencari keselamatan.
![Badan, pemimpin dunia masih terjerat naratif pro-Zionis Badan, pemimpin dunia masih terjerat naratif pro-Zionis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728344239_ProPalestiniandemo.jpg)
Badan, pemimpin dunia masih terjerat naratif pro-Zionis
Sebilangan pemimpin dan badan dunia mengeluarkan kenyataan dilihat cenderung ke arah pro-Zionis.