WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin pada Ahad berkata Pentagon menghantar kapal perang dan jet pejuang ke Mediterranean Timur sebagai tanda sokongan kepada Israel di tengah-tengah peningkatan konflik antara tentera Israel dan Hamas, lapor Xinhua.
Austin dalam satu kenyataan berkata beliau telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R. Ford Carrier Strike Group yang terdiri daripada sebuah kapal pengangkut pesawat, sebuah kapal penjelajah peluru berpandu dan empat kapal pemusnah peluru berpandu ke Mediterranean Timur.
Pentagon juga "mengambil langkah untuk menambah skuadron pesawat pejuang F-35, F-15, F-16 dan A-10 Tentera Udara AS di rantau ini," kata ketua pertahanan itu.
Beliau menambah kerajaan AS "akan segera menyediakan Pasukan Pertahanan Israel dengan peralatan dan sumber tambahan, termasuk peluru".
Pusingan pertama bantuan keselamatan AS kepada Israel "akan mula bergerak" pada Ahad "dan tiba dalam beberapa hari akan datang", kata Austin.
Keputusan Pentagon dibuat ketika konflik antara Israel dan Palestin meningkat secara drastik pada Sabtu selepas Hamas melancarkan beribu-ribu roket ke Israel, membunuh sekurang-kurangnya 600 warga Israel setakat Ahad, menurut laporan media Israel yang memetik pegawai kerajaan.
Tentera Israel bertindak balas dengan serangan udara ke atas Gaza, yang dikawal oleh Hamas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 313 kematian rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
![Perang Palestin-Israel: AS hantar kapal perang, jet pejuang ke Israel Perang Palestin-Israel: AS hantar kapal perang, jet pejuang ke Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696832400_USBomber.jpg)
Pentagon juga mengambil langkah untuk menambah skuadron pesawat pejuang F-35, F-15, F-16 dan A-10 Tentera Udara AS di rantau berkenaan. - Gambar fail/ Reuters
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738199702_tbZakariaZubeidi.jpg)
Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.
![Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama - Mat Sabu Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737847289_MohamadSabu.jpg)
"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.
![Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737762856_TBhamas.jpg)
Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.
![PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716335054_Trucks.jpg)
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
![Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737673570_TBhamas.jpg)
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
![Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737082986_GazaPalestineHam.jpg)
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
![Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737067444_GazaPalestineHam.jpg)
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
![AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676090392_JohnKirby.jpg)
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
![‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu ‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733799285_BenjaminNetanyahu.jpg)
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
![Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736118651_tbIsraelidemonstrat.jpg)
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.