KUALA LUMPUR: Tatkala masyarakat sivil memantau peperangan di antara Palestin dan Israel, kesemua platform media sosial turut dibanjiri dengan laporan-laporan media tempatan dan antarabangsa serta reaksi pelbagai pihak.
Tinjauan di X, mendapati kata kunci 'Israel' merupakan kata kunci tertinggi digunakan dengan 1.51 juta hantaran setakat 7 petang.
Carta trending tersebut diikuti oleh kata kunci 'Hamas' (775,000 hantaran), 'Gaza' (655,000), dan 'Palestin' (371,000).
Di platform Instagram, laporan berita antarabangsa turut mendapat tumpuan dengan tanda pagar yang menandakan solidariti untuk rakyat di kedua-dua negara.
[LAPOR LANGSUNG]: Perang Palestin-Israel
Perkongsian adalah berkaitan perkembangan semasa yang berlaku di Israel-Palestin, yang disertakan dengan visual gambar dan video.
Ia diikuti dengan pelbagai reaksi terhadap situasi yang berlaku di rantau berkenaan. Ramai yang berharap keadaan dapat dikawal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Puak Hamas, pada Sabtu melancarkan Operasi al-Aqsa sebagai tindak balas terhadap penindasan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak beberapa bulan alu.
Selain serangan kira-kira 5,000 peluru berpandu yang dilancarkan, media antarabangsa melaporkan pejuang Palestin juga telah berjaya membolos Sempadan Gaza, yang terletak di Selatan Israel, dengan visual menujukkan beberapa tentera Israel yang tercedera telah ditahan.
Irfan Faruqi
Sat Oct 07 2023
Isu perang Palestin-Israel mendominasi platform media sosial pada Sabtu. - Foto AP
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang
Putra Abdullah bakal berdepan cabaran getir menentang petinju berpengalaman dari Terengganu Sabri Thaivisih dalam kategori 62kg.
Perang Palestin-Israel dominasi platform media sosial
Tatkala masyarakat sivil memantau Perang di antara Palestin dan Israel, platform media sosial turut dibanjiri dengan laporan-laporan media tempatan dan antarabangsa serta reaksi pelbagai pihak.
Israel ada kelebihan taktikal, namun tetap akan cuba raih simpati dunia - Penganalisis
Kerajaan Israel dijangka akan menggunakan taktik menyerang balas dengan niat untuk mematikan Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam, atau memusnahkan kelengkapan pihak lawan mereka.
Erdogan gesa Israel, Palestin tidak burukkan lagi keadaan
Erdogan menggesa supaya jangan ada pihak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemar atau merosakkan infrastruktur dan status kesucian Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.
Rakyat Palestin mahu pertahan diri dari penindasan, puak ekstrem - Hamas
Operasi yang dilancarkan oleh HAMAS dan disertai oleh rakyat palestin pada Sabtu adalah mesej mempertahankan diri dan kedaulatan tanah air.
'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan kepada rakyatnhya mengesahkan keganasan terhadap negaranya bermotifkan peperangan.