Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan satu perundangan atau peraturan khusus, dengan memperluaskan tanggungjawab di tapak pembinaan bukan hanya kepada pihak kontraktor, tetapi juga terhadap pemaju dan pereka bentuk.
Menterinya M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.
"Sepatutnya ada peraturan yang lebih ketat, Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (DOSH) telahpun menghantarnya (peraturan) kepada Jabatan Peguam Negara.
"Pada masa ini, hanya kontraktor dipertanggungjawabkan, jadi kami mahu memperluaskan untuk memasukkan kontraktor, pereka dan pemaju, kerana mereka sebahagian daripada kumpulan tersebut.
"Kita mahu mereka juga bertanggungjawab, jadi mereka akan mengekalkan satu standard yang mereka tahu mereka perlu penuhi.
"Jadi, ia (peraturan) sepatutnya akan dapat semula pada bila-bila masa untuk saya wartakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak insiden runtuhan sebahagian kondominium di Taman Desa, pada Isnin.
Ketika ditanya sama ada pekerja yang tercedera ketika kejadian itu mempunyai permit kerja yang sah, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan dan akan diketahui dalam tempoh seminggu.
BACA: Kenakan tindakan tegas atas kecuaian hingga struktur kondominium runtuh - NIOSH
Beliau berkata pihak forensik di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga masih mengenal pasti punca utama runtuhan.
"Saya difahamkan pihak forensik akan melihat perkata itu, mereka akan ambil kesemua simen dan benda-benda lain, dron kitapun telah pergi ke beberapa tempat yang sukar untuk sampai, satu laporan sedang dibuat dan akan dimaklumkan tidak lama lagi," katanya.
BACA: Insiden runtuhan di Taman Desa, lesen jualan APDL pemaju digantung
Kula Segaran berkata sekiranya didapati terdapat kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pemaju, namun pada masa yang sama masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.
Sebahagian struktur bangunan kondominium 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama runtuh, dalam kejadian pada petang Jumaat lepas menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam, runtuh ketika hujan lebat pada 3.30 petang.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan pada 5.15 petang serta 9.40 malam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020

Sebahagian struktur bangunan kondominium 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama runtuh, dalam kejadian 14 Feb lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.

JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung
JKKP Selangor keluarkan notis larangan bagi menghentikan aktiviti kerja membaik pulih bumbung kilang besi di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang, berikutan pekerja maut jatuh dari bumbung.

Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka diturunkan pada jam 9 malam ini.

Peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan diperluas
M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.

Laporan forensik lif jatuh di PPR Kerinchi siap Jumaat ini
Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur akan diserahkan pada Jumaat ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP
Lif perlu diselenggara syarikat penyelengara yang kompeten sebelum diaudit - JKKP

Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.

Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.

Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai dari agensi CIDB akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di Samarahan pada Jumaat.