KUALA LUMPUR: Peratusan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan dalam kalangan wanita di Malaysia telah meningkat kepada 38 peratus pada tahun 2021.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia merupakan peratusan tertinggi wanita memegang kedua-dua jawatan itu pernah direkodkan di Malaysia.
Katanya, Malaysia turut mempunyai peratusan tertinggi Ketua Pegawai Kewangan wanita di kalangan negara Asia iaitu 34.9 peratus, lebih daripada dua kali ganda purata global.
"Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa Malaysia mempunyai antara peratusan tertinggi Ahli Lembaga wanita di Asia pada 28.2 peratus, berdasarkan data terkini bagi 100 Syarikat Senaraian Awam (PLC) teratas.
"Kementerian Kewangan telah melancarkan program 'Gender Responsive-Budgeting-In-Practice' (GRBiP) dengan kerjasama Engender Consultancy and Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita di dalam pelbagai bidang.
"Kerajaan juga telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menggalakkan pemerkasaan wanita termasuk inisiatif melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita untuk semua syarikat tersenarai awam dan sekurang-kurangnya 30 peratus pengarah wanita dalam syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC)," katanya dalam muat naik di Facebook, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis sambutan pemerkasaan aspirasi kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman anjuran Kelab 30 peratus Malaysia.
Kelab 30 peratus adalah kempen untuk meningkatkan penyertaan wanita sehingga 30 peratus di dalam lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat.
Astro Awani
Sat Sep 03 2022

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia turut mempunyai peratusan tertinggi Ketua Pegawai Kewangan wanita di kalangan negara Asia iaitu 34.9 peratus. - Foto fail/BERNAMA

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.

CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil
Beliau mengesahkan tidak pernah dituduh melakukan sebarang jenayah, pecah amanah jenayah, salah urus kewangan atau isu berkaitan integriti.

Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.

CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.

Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat