SHAH ALAM: Pihak pemaju Projek Perumahan Rakyat (PPR) disarankan untuk memperbanyak kawasan riadah bagi melepaskan tekanan dan mengelak masalah mental dalam kalangan kanak-kanak serta remaja daripada terus berpanjangan.
Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan bagi melepaskan tekanan serta keresahan demi kesejahteraan mental yang lebih baik.
Menurutnya, setiap pihak yang terlibat dalam projek pembinaan perumahan B40 perlu mengambil kira isu kesihatan dalam kehidupan masyarakat.
“Pembangunan PPR seluas 600 hingga 800 per segi cukup sempit untuk melepaskan lelah kehidupan masyarakat miskin bandar.
“Ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan supaya dapat mengelak masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada 18 Mac lalu, kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati lebih 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang mendiami PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kajian dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan dijalankan ke atas 1,578 kanak-kanak dan remaja di 37 PPR sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, golongan kanak-kanak dan remaja tidak mempunyai keupayaan yang kukuh dalam menghadapi masalah mental.
Ujarnya, pembangunan mental penghuni PPR penting bagi memastikan golongan tersebut dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Remaja dan kanak-kanak masih belum mempunyai keupayaan menangani masalah mental dan memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk membantu mereka menjalani kaunseling.
“Oleh itu, semua pihak perlu memastikan golongan ini dapat membesar dan menjalani kehidupan yang sejahtera sehingga meningkat dewasa,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 12 2023

Lee Lam Thye berkata, ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan bagi melepaskan tekanan serta keresahan demi kesejahteraan mental yang lebih baik. - Gambar Sinar Harian

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbanyak kawasan riadah, elak masalah mental remaja PPR
Pihak pemaju PPR disarankan memperbanyak kawasan riadah bagi melepaskan tekanan dan mengelak masalah mental dalam kalangan kanak-kanak serta remaja daripada terus berpanjangan.

Wanita nyaris dirogol di taman riadah
Mangsa didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali selepas melakukan senaman di kawasan riadah.

Pengunjung kawasan riadah diarah beredar jika vaksin tidak lengkap - Bukit Aman
Orang ramai yang mengunjungi kawasan riadah akan diarah untuk beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin.

Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.