KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan dicadang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan bagi mengadakan lebih banyak kempen kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga berhubung tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuai dan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan sewajarnya.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata golongan berkenaan perlu diberi banyak pendedahan berkaitan kesalahan itu yang boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, kerana masih ramai tidak cakna akan kewujudan akta berkenaan.
"Sebagai contoh di negara barat, jika ibu bapa didapati bersalah mendedahkan anak mereka kepada risiko akibat pengabaian mereka sudah pasti dipenjarakan.
"Malaysia perlu melihat sejauh manakah keberkesanan akta berkenaan yang dikuatkuasakan memandangkan kemalangan melibatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur ini seakan tiada noktahnya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Lee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ibu bapa dan penjaga yang tidak mengawasi pergerakan anak-anak mereka sehingga terlibat kemalangan seperti tersepit bahagian anggota badan di eskalator dan basikal lajak.
Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata, kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak peka dengan keadaan anak mereka adalah tragedi sebenar yang perlu diberi perhatian.
"Ibu bapa sewajarnya perlu sentiasa memegang tangan anak kecil mereka sewaktu menggunakan eskalator namun sebaliknya masing-masing sibuk dengan urusan sendiri terutamanya leka menggunakan telefon bimbit.
"Ibu bapa perlu pantau pergerakan anak-anak mereka dan lihat aktiviti yang mereka buat. Ini semua membantu mengurangkan risiko anak terlibat dengan aktiviti luar jangka sekali gus menjaga keselamatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022

Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut
S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Tiga guru, pembantu tadika didakwa aniaya anak jagaan
Tiga guru dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya dua kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sejak Mac lalu.

Perbanyak kempen kesedaran mengenai tindakan undang-undang jika abai anak
Golongan berkenaan perlu diberi banyak pendedahan berkaitan kesalahan itu yang boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

Pemandu van mengaku tidak bersalah abai kanak-kanak perempuan autistik hingga mati
Dia dituduh mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan autistik sehingga menyebabkan kematiannya, Oktober lepas.