KUALA LUMPUR: Perbelanjaan pelancongan domestik bagi suku pertama 2024 melonjak 25.3 peratus tahun ke tahun kepada RM24.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Jabatan itu menjelaskan bilangan pelawat domestik di Malaysia meningkat ketara untuk merekodkan 58.6 juta pelawat bagi suku pertama 2024, menokok 19.0 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
"Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik meningkat 6.5 peratus berbanding suku keempat 2023," tambahnya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Perangkaan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi tahunan pelancongan domestik di Malaysia mengalami peningkatan yang drastik pada 2023 dengan jumlah perbelanjaan mencatatkan RM84.9 bilion berbanding RM64.1 bilion pada 2022.
"Prestasi yang memberangsangkan bagi perbelanjaan ini didorong oleh peningkatan jumlah perbelanjaan oleh pelancong (34.4 peratus) dan pelawat harian (29.7 peratus), dengan perbelanjaan pelancong adalah penyumbang majoriti sebanyak 61.5 peratus (2022: 60.7 peratus).
"Jumlah pelawat domestik melonjak 24.6 peratus untuk mencatatkan 213.7 juta pelawat berbanding 171.6 juta pelawat pada 2022.
"Perbelanjaan tertinggi pelawat domestik adalah membeli-belah dengan sumbangan sebanyak 36.3 peratus (2022: 38.9 peratus), diikuti oleh makanan dan minuman, 16.3 peratus (2022: 15.2 peratus) dan pembelian bahan api kenderaan, 13.2 peratus (2022: 13.8 peratus)," katanya.
Melawat saudara-mara dan rakan-rakan kekal sebagai penyumbang utama bagi tujuan pelancongan domestik iaitu 33.6 peratus (2022: 33.7 peratus), namun ia masih belum mengatasi peratusan yang dicatatkan pada tahun pra-pandemik iaitu 42.3 peratus.
Membeli-belah kekal sebagai tujuan kedua dengan sumbangan 32.6 peratus (2022: 29.9 peratus), katanya.
Mengenai ketibaan pelawat domestik mengikut negeri pula, Mohd Uzir berkata Selangor muncul sebagai negeri dikunjungi paling ramai pelawat domestik pada 2023 iaitu menarik seramai 27.6 juta pelawat domestik, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 22.2 juta dan 17.9 juta pelawat domestik.
Jumlah pelancong domestik yang berkunjung ke Johor menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 42.7 peratus bagi merekodkan 8.92 juta pelancong berbanding 6.25 juta pelancong pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Bilangan pelawat domestik di Malaysia meningkat ketara untuk merekodkan 58.6 juta pelawat bagi suku pertama 2024. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak 25.3 peratus pada suku pertama 2024
Bilangan pelawat domestik di Malaysia meningkat ketara untuk merekodkan 58.6 juta pelawat bagi suku pertama 2024.

Pelancongan domestik lonjak 16.1 peratus pada suku keempat 2023, rekod 54.3 juta pelawat
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik meningkat 1.6 peratus daripada suku ketiga 2023.

Galakkan pelancongan domestik, rangsang pemulihan ekonomi - Penggiat industri
Pihaknya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai usaha mempromosi pelancongan domestik.

Percutian domestik kekal jadi pilihan pelancong tempatan
Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022
Prestasi memberangsangkan itu susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia.

Perbelanjaan pelawat domestik melonjak RM64.1 bilion pada 2022 - DOSM
Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mengalami pemulihan yang luar biasa pada 2022 dengan jumlah perbelanjaan RM64.1 bilion berbanding RM18.4 bilion pada 2021.

Pelancongan domestik Malaysia catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Agoda
Ketika Malaysia membuka sektor pelancongan pada separuh kedua 2020, ia mencatat pertumbuhan tertinggi dalam pasaran pelancongan domestiknya.

Pulau Pinang tumpu pelancongan domestik pada separuh pertama 2021
PETACE akan membangunkan strategi berkaitan ekonomi kreatif sejajar dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi 2021.