KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua kad kredit dengan had gabungan berjumlah RM3 juta.
Bekas Naib Presiden Kanan Ambank bagi ""Credit Card Authorisation and Fraud Management" Yeoh Eng Leong, berkata, had bagi dua kad kredit yang dimiliki bekas Perdana Menteri itu adalah "tertinggi" yang diberikan oleh AmBank kepada pelanggannya.
Ini kerana, berdasarkan pengalaman, Eng Leong berkata purata had perbelanjaan yang diberikan oleh AmBank kepada pelanggan adalah sebanyak RM50,000 bagi setiap kad kredit.
Saksi ke-36 pendakwaan itu berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
Eng Leong menambah, ia diberikan selama bertahun-tahun melalui kad kredit Visa Platinum dan kad kredit Master Platinum.
Bagaimanapun, ujarnya kedua-dua kad kredit itu telah dibatalkan pada 11 Mac 2015 tanpa sebarang tunggakan bayaran.
Ujar Eng Leong lagi, berdasarkan penyata, perbelanjaan yang direkodkan bagi dua kad kredit tersebut adalah berjumlah RM103,948.63.
Ahli Parlimen Pekan itu, katanya tidak pernah mempertikaikan transaksi melibatkan kad kredit tersebut.
Memperincikan perbelanjaan, Eng Leong berkata berdasarkan penyata kad kredit Mastercard pada Ogos 2011, terdapat transaksi yang dibuat pada 21 Julai 2011 bagi perbelanjaan penginapan hotel, The Westin Excelsior, Rome sebanyak RM98,013.63.
Bagi penyata September 2011 pula, kad kredit Visa digunakan pada 21 Ogos 2011 untuk tiga transaksi di KLCC iaitu RM4,145 di Butik Aigner, manakala RM910 dan RM880 masing-masing di Butik Hugo Boss.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, pemberian had kredit sebanyak RM3 juta itu adalah berdasarkan pertimbangan terhadap dokumen pendapatan.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Rabu.
Astro Awani
Tue Sep 06 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mempunyai dua kad kredit dengan had gabungan berjumlah RM3 juta - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perbicaraan 1MDB: Had dua kad kredit Najib RM3 juta - Saksi
Najib tidak pernah mempertikaikan transaksi melibatkan kad kredit tersebut.