KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanggar prosedur dengan tidak menyalurkan cadangan berhubung pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sebelum membuat keputusan.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.
Bagaimanapun, jelas saksi ke-26 pendakwaan itu, cadangan pelaburan kemudiannya akan disalurkan kepada menteri berkenaan dan perlu dibentangkan di Kabinet.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Siti Zauyah menambah, beliau mengemukakan aduan mengenai perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, bagaimanapun tiada tindakan yang diambil.
Ketika disoal Muhammad Shafee sama ada beliau memberitahu Najib yang juga menteri kewangan ketika itu mengenai perkara tersebut, Siti Zauyah menjawab, “Saya tidak tahu”.
Pada Ogos 2019, pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, ketika membacakan kenyataan pembuka berkata satu usaha sama palsu antara 1MDB dan PSI yang dikenali sebagai projek Aria diwujudkan oleh tertuduh (Najib) dengan 1MDB meminjam AS$1 bilion, kononnya untuk melabur dalam syarikat usaha sama dikenali 1MDB Petro Saudi Limited.
Wang berkenaan adalah untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat usaha sama yang mana PetroSaudi International memperoleh 60 peratus saham dengan menyuntik beberapa aset melalui nilai diragukan.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Shafee menyifatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai 'kurang ajar' kerana tindakannya yang tidak melayan permintaan Siti Zauyah.
Siti Zauyah memberitahu Shahrol Azral tidak pernah melayan permintaannya untuk mendapatkan dokumen berhubung pelaburan usaha sama dengan PSI kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
BACA: Saya 'tidak pasti, 'tidak tahu' - Saksi pendakwaan
Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata beliau juga pernah mengadukan perkara itu kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ketika itu, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Bagaimanapun, dakwa Siti Zauyah tiada apa-apa tindakan diambil oleh kedua-dua mereka.
"Itu perkataan (kurang ajar) Tan Sri sebut.... tapi perbuatan Shahrol Azral adalah macam tidak hormat," kata Siti Zauyah.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 5 September depan.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 25 2022

Datuk Seri Najib meninggalkan kompleks mahkamah selepas prosiding perbicaraan 1MDB hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes 1MDB: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun bank - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib telah melantik bekas CEO 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun banknya.

Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan
Siti Zauyah berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.

Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah
Rosmah ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.