KUALA LUMPUR: Hakim yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengarahkan pasukan pendakwaan mengemukakan seorang saksi untuk memberi keterangan pada sebelah petang, selepas mahkamah diberitahu bahawa saksi pendakwaan ke-12 yang sepatutnya meneruskan sesi pemeriksaan balas hari ini demam.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan arahan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir, 49, telah menghantar pesanan kepadanya pada pukul 8.30 pagi ini untuk memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memberi keterangan hari ini kerana mendapat cuti sakit.
Ahmad Akram berkata beliau kemudiannya meminta saksi berkenaan untuk datang dan menjelaskan sendiri mengenai perkara itu kepada mahkamah.
"Yang Arif, beliau ada datang ke mahkamah, tapi matanya merah dan suhu badannya panas," katanya.
Hakim Sequerah: "Saksi demam?"
Ahmad Akram: "Ya, tapi bukan COVID-19, namun dia nampak lemah,"
"Yang Arif, saya cuba hubungi saksi yang lain seperti Datuk Johan Idris, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail, Tan Sri Ismee Ismail, Lim Poh Seng serta Goh Gaik Kim bagi menggantikan Azmi untuk memberi keterangan.
"Johan kini berada London, Wan Ahmad Shihab menghadapi masalah diarea sejak tiga hari lepas, Ismee sedang menjalani kuarantin kendiri kerana baru pulang dari mengerjakan umrah, Lim akan menerima dos penggalak vaksin hari ini, manakala Goh terpaksa menghadiri dua mesyuarat syarikat. Saya cuba minta dia batalkan mesyuaratnya, namun katanya mesyuarat itu penting," kata Ahmad Akram.
Hakim Sequerah yang menyuarakan penghargaan terhadap usaha pihak pendakwaan bagi mendapatkan saksi berkenaan untuk hadir hari ini di saat-saat akhir, bagaimanapun meminta pihak pendakwaan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya seorang daripada 50 saksi pendakwaan untuk hadir beri keterangan hari ini.
"Perbicaraan akan ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang, dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan seorang saksi hadir hari ini. Ada 50 saksi dalam senarai. Perbicaraan akan bersambung pada pukul 2.30 petang," katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.