Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 Oktober ini sebagai tarikh permulaan perbicaraan kes rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes pada Isnin.
Ahmad Zahid, 66, yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berkaitan VLN, sebelum itu mengaku tidak bersalah apabila kesemua pertuduhan itu dibacakan semula kepadanya pada Isnin.
Presiden UMNO itu yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Tiek dan Hamidi Mohd Noh juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan sebagai penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, telah menerima suapan berjumlah S$13,560,000 berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Pada 26 Julai 2019, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima rasuah S$4,240,000 bagi melanjutkan kontrak Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Center (OSC) di China dan sistem VLN.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, antara Mac 2017 dan Mac 2018.
Sehari kemudian, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan iaitu 26 daripadanya mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM, menerima suapan berjumlah S$9,320,000 daripada Syarikat Ultra Kirana sebagai upah baginya, untuk mengekalkan kontrak Perjanjian Untuk Membekalkan Sistem Bersepadu Visa Luar Negara (VLN) dan melanjutkan kontrak syarikat sama sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN.
Bagi tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan pula, Ahmad Zahid didakwa sebagai penjawat awam, mendapatkan bagi dirinya, wang tunai dalam pelbagai mata wang iaitu RM3,125,000, S$1,150,000, EUR15,000, AS$15,000, tanpa balasan daripada syarikat sama, yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengannya.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu pada Oktober 2014 hingga Oktober 2017 di sebuah rumah di Country Heights Kajang.
Jika sabit kesalahan bawah Akta SPRM, Ahmad Zahid boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, iaitu hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Ahmad Zahid boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 06 2020

Ahmad Zahid, 66, yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berkaitan VLN, sebelum itu mengaku tidak bersalah apabila kesemua pertuduhan itu dibacakan semula kepadanya pada Isnin. - Gambar fail

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.

Zahid beri 92 cek berjumlah RM76.9 juta kepada firma guaman - Saksi
Sebuah firma guaman menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah.