KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman yang difailkan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose akan bermula 1 Ogos ini di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Sultanah Nur Zahirah, memberitahu pemberita bahawa Timbalan Pendaftar Rini Triany Muhamad Ali menetapkan perbicaraan kes itu selama empat hari pada 1 dan 4 Ogos serta 6 dan 7 Okt ini ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam Mervyn Lai, yang mewakili Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd selaku defendan pertama hingga ketiga.
Perbicaraan kes itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee.
Pada 28 Mac lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rewcastle-Brown untuk menangguhkan perbicaraan kes saman itu.
Sultanah Nur Zahirah selaku plaintif yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.
Baginda menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan serta memohon perintah supaya penerbit menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah itu dan supaya pencetak berhenti mencetak buku tersebut.
Dalam penyataan pembelaan, ketiga-tiga defendan menafikan ada membuat tuduhan bahawa plaintif terbabit dengan amalan rasuah.
Rewcastle-Brown juga mendakwa Sarawak Report tidak pernah mencadangkan bahawa plaintif terlibat dalam konspirasi membabitkan Jho Low dan tidak pernah mencadangkan bahawa plaintif terlibat dalam pentadbiran kerajaan berkaitan urusan 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Pada 28 Mac lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rewcastle-Brown untuk menangguhkan perbicaraan kes saman itu. - Gambar fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.

Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.

Kes fitnah Rewcastle-Brown kekal didengar di Mahkamah Kuala Terengganu
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

1MDB: Rewcastle-Brown akan dapat perbicaraan adil, tiada campur tangan istana - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi diberitahu Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan fitnah Sultanah Terengganu akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya kes itu dijalankan di Terengganu.

1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu
Jabatan Peguam Negara menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.

Keputusan kes saman fitnah Sultanah Terengganu pada 31 Okt
Keputusan kes saman Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report

Perbicaraan kes saman fitnah Sultanah Terengganu bermula 1 Ogos
Saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Polis sedang mengesan Clare Rewcastle-Brown
PDRM sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.