KUALA LUMPUR:Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.
Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata, kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.
"Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat apabila Arab Saudi menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hushammuddin Tun Hussein) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, Arab Saudi tidak pernah menutup pintu untuk jemaah Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah selepas pembukaan semula sempadan di negara itu, malah menurutnya Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan kunjungan rakyat Malaysia.
Katanya, Malaysia tidak disenaraikan dalam 20 negara yang dilarang memasuki Arab Saudi buat sementara waktu sebagai langkah mengekang peningkatan jangkitan COVID-19.
Pada 3 Feb lepas, Arab Saudi telah menggantung kemasukan pelawat dari 20 negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang terdiri daripada Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Itali, Pakistan, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Lubnan, Mesir, India, Jepun, Ireland, Brazil, Portugal, Switzerland dan Afrika Selatan.
Sementara itu mengenai pertemuannya dengan Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican, Sheikh Abdul Rahman berkata, ia antara lain membincangkan hal berkaitan umrah dan haji rakyat Malaysia, isu pendidikan penuntut Malaysia ke Arab Saudi serta hal berkaitan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Segala syor yang dikemukakan oleh NGO Antarabangsa akan diteliti dan diperhalusi dengan sewajarnya untuk perhatian pihak Arab Saudi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Perbincangan antara Arab Saudi dan Malaysia mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

31 mangsa dakwa ditipu selepas sertai pakej perniagaan dengan tajaan umrah
Seramai 31 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar Datuk yang menawarkan pakej perniagaan dan tajaan umrah dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM300,000 sejak 2023.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.

Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Mutawif Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.