KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan, termasuk mempermudah proses-proses terlibat antara kerajaan Persekutuan dan negeri seperti pindah milik pemilikan tanah.
"Selain itu, perancangan dan pembangunan koridor juga perlu mengambil kira perancangan dan potensi pembangunan dengan negara-negara jiran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, di sini, hari ini.
Mesyuarat pada petang tadi telah dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri selain wakil Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak industri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan agenda Ekonomi MADANI untuk menstrukturkan semula ekonomi negara, kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi agensi galakan pelaburan.
"Aktiviti promosi dan kelulusan insentif pelaburan akan dipusatkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).
"Pihak berkuasa koridor pula akan menumpukan peranan untuk menyokong pelaksanaan/merealisasikan pelaburan," kata beliau menerusi catatan di laman sosial "X" yang dulu dikenali sebagai Twitter.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan status pelaburan masuk dan pembangunan infrastruktur terkait dengan setiap koridor.
Anwar turut berkongsi pencapaian yang menyaksikan sejumlah RM185 bilion pelaburan kumulatif dicatatkan oleh Wilayah Ekonomi Koridor utara bagi 2022 dan melebihi sasaran RM146.5 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Selain itu, Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited berjumlah RM409.5 bilion berbanding sasaran RM383 bilion untuk dicapai sehingga 2025.
"Wilayah Ekonomi Pantai Timur pula telah menerima pelaburan komited berjumlah RM164.7 bilion," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan. - Gambar fail/BERNAMA
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan.