KUALA LUMPUR: Perdagangan dua hala Turkiye-Malaysia telah menunjukkan trend peningkatan dan dijangka melonjak dua kali ganda pada tahun-tahun akan datang selepas pengenalan protokol tambahan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mereka.
Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel berkata hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Kami baru-baru ini telah memperluaskan skop FTA dengan protokol tambahan. Sekarang FTA merangkumi perdagangan dalam perkhidmatan, e-dagang termasuk pelaburan.
"Tahun lepas, perdagangan dua hala menghampiri US$5 bilion (US$1=RM4.54). Saya yakin angka ini akan melonjak dua kali ganda pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam ucap tama semasa majlis resepsi "Turkiye: Rakan Pelaburan Berdaya Tahan Anda", yang diadakan di Kediaman Duta Turki di sini pada Khamis.
Majlis resepsi, yang dihadiri oleh 150 tetamu, dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-100 penubuhan republik itu.
Pada majlis tersebut, Yuksel berkongsi aspirasi negaranya untuk menjadi antara 10 ekonomi terbaik dunia dalam tempoh sedekad.
Yuksel berkata Turkiye akan terus menjadi titik persamaan bagi pelaburan dan sebagai rakan berdaya tahan pada abad akan datang.
"Masih terdapat potensi yang besar dan belum diterokai. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang untuk menjemput anda agar melabur dalam Turkiye.
"Kami menawarkan pasaran yang stabil dan besar seramai 85 juta pengguna di dalam sempadan kami. Selain itu, setelah berjaya memuktamadkan Kesatuan Kastam dengan Kesatuan Eropah (EU) beberapa dekad lepas, pelaburan anda di Turkiye akan mempunyai akses bebas ke pasaran EU," kata Yuksel.
Sementara itu, Presiden Pejabat Pelaburan A. Burak Daglioglu ketika bercakap kepada Bernama di luar majlis resepsi berkata Turkiye menawarkan banyak peluang dalam pelbagai sektor yang mana ia mempunyai kelebihan seperti lokasi strategik, iklim pelaburan liberal, pasaran domestik dan serantau yang besar.
Antara peluang sektoral yang diketengahkan oleh Burak adalah makanan tani, tenaga, pemula niaga penjagaan kesihatan dan kewangan tertentu, hasil daripada projek Pusat Kewangan Istanbul yang dilancarkan baru-baru ini.
Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport utama dan destinasi import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.
Pada 2022, jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye meningkat 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (US$4.62 bilion) daripada RM17 bilion (US$4.10 bilion) pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Emir Salim Yuksel berkata hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. - Gambar fail/FB

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

Malaysia terus pelbagaikan destinasi eksport ke pasaran bukan tradisional - PM Anwar
Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika.

Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Orkid Mokara Malaysia tembusi pasaran Dubai
Permintaan bunga Orkid spesies Mokara dan nilai jualan yang tinggi di Dubai membuka peluang pasaran baharu untuk industri orkid negara.