MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 347 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Melaka sempena ulang tahun ke-73 Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam hari ini.
Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Secara keseluruhan, seramai 883 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran pada upacara yang berlangsung dalam tiga sesi istiadat iaitu pada pagi ini yang berlangsung di Balai Istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh dan dua sesi lagi pada 27 Ogos.
Penerima terdiri daripada anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan, pengamal media dan ahli badan sukarelawan.
Turut menerima pingat kebesaran ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang masing-masing menerima pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sementara itu, seramai 26 penerima menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira manakala seramai sembilan orang lagi menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Antara penerima DCSM adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Zaini Jass sementara penerima DMSM ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr Omar Raisul As-Salam Syah A.S Omar.
Bagi Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk, seramai 163 penerima termasuklah penyanyi legenda rock negara, Amy Search atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman.
Sementara bagi Darjah Seri Melaka (DSM), anugerah tersebut diberikan antaranya kepada Pengarah Bomba Negeri Melaka, Abu Bakar Katain.
Bintang Gagah Perkasa (BGP) dikurniakan kepada Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras pada 20 Okt 2021 ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.
Selain itu, penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) diberikan kepada Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva di atas jasa membantu jasa banjir.
Penganugerahan juga diberikan kepada 71 penerima bagi Bintang Cemerlang Melaka (BCM) diikuti 159 penerima Bintang Khidmat Terpuji , 258 penerima Pingat Jasa Kebaktian, 151 penerima Pingat Bakti Masyarakat dan dua penerima Khidmat Lama. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Gambar BERNAMA

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.