KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada majlis pengebumian bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.
Jenazah Tengku Ahmad Rithauddeen selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada 11.20 pagi, yang turut dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan sahabat.
Ismail Sabri turut menaburkan bunga dan menyiram kubur Allahyarham.
Selepas itu, Perdana Menteri menziarahi isteri Allahyarham, Tengku Puan Seri Nooraini Tengku Zainal Abidin, 83.
Perdana Menteri berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan amat besar kepada negara kerana Allahyarham adalah seorang pemimpin yang disegani bukan sahaja dalam kerajaan bahkan juga arena politik.
"Sebagai ahli UMNO jawatan tertinggi yang pernah dijawat Almarhum adalah Naib Presiden UMNO dan banyak kementerian diterajui oleh Allahyarham sewaktu dalam kerajaan dahulu.
"Jawatan terakhir Allahyarham dalam UMNO adalah sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin, maknanya sumbangan Allahyarham kepada UMNO berterusan.
"Sebagai ahli UMNO kita tahu sumbangannya dan kita sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan besar Allahyarham. Sumbangannya kepada negara tidak ternilai dan pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham," katanya yang kelihatan sebak.
Terdahulu, jenazah Tengku Ahmad Rithauddeen disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan diimamkan Imam Besar masjid itu Muhyidin Aziz dan disertai lebih 200 jemaah.
Tengku Ahmad Rithauddeen, 94, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada 8.43 malam tadi, akibat sakit tua.
Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Tengku Ahmad Rithauddeen pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).
Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984) dan Menteri Penerangan (1986).
Sementara itu, anak keempat Tengku Ahmad Rithauddeen daripada lima beradik, Tengku Farith, 50, mewakili ibunya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian bapanya.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami. Saya minta agar segala dosanya diampunkan dan sama-sama kita berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyiram kubur Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdana Menteri hadir majlis pengebumian Tengku Ahmad Rithauddeen
Jenazah Tengku Ahmad Rithauddeen selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 11.20 pagi.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tengku Ahmad Rithauddeen
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

'Pemergian Tengku Ahmad Rithauddeen kehilangan besar buat negara' - PM
Perdana Menteri berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.

Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94 tahun akibat sakit tua
Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.