SEPANG: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, baru-baru ini hanyalah untuk menyantuni permintaan rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata tindakan Perdana Menteri itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang di negara ini.
"Beliau hanya menyantuni rakyat yang mahukannya melakukan upacara itu dan kehadirannya di situ tidak dirancang. Pada masa sama, Perdana Menteri sendiri yang mengislamkan, tentulah ia sesuatu yang menarik dan mungkin hari bersejarah dalam hidup saudara baharu itu," katanya.
Mohd Na'im berkata pengislaman itu juga dilakukan atas permintaan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Klang Hushim Salleh yang kebetulan solat di masjid yang sedang melakukan majlis pengislaman itu.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini, bagi mengulas kritikan sesetengah pihak terhadap tindakan Anwar mengislamkan seorang mualaf yang dianggap sebagai bukan kerja Perdana Menteri, selepas menziarahi waris pemandu e-hailing Sharipuddin Shaari, 53, mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam.
Satu video berdurasi 1 minit 26 saat tular menerusi laman media sosial sejak 18 Ogos lepas menunjukkan Anwar dilihat mahu meninggalkan masjid selepas solat Jumaat di situ tetapi dijemput untuk menyempurnakan majlis berkenaan menyebabkan beliau duduk kembali.
Pada hari itu, Anwar yang dijadual menunaikan solat Jumaat di Sri Petaling telah memilih Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menziarahi waris mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata pihaknya akan melihat jenis bantuan yang disalurkan kepada waris Sharipuddin iaitu balunya Suriani Muda, 43, serta dua anak Nur Izzara Arissya, 9, dan Muhammad Sharul Izuan, 16, terutama dari aspek persekolahan.
"Antara lain kita akan syor kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk turun melihat apa yang mereka perlu bagi kelangsungan hidup kerana isteri mangsa tidak bekerja, dan juga akan melihat dari segi pemberian zakat," katanya selepas menyampaikan wang tunai RM3,000 sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan serta sumbangan peribadinya kepada waris Allahyarham Sharipuddin.
Pada 17 Ogos, 10 individu terkorban dalam nahas pesawat itu membabitkan dua kru pesawat, enam penumpang serta dua orang awam termasuk Sharipuddin yang melalui jalan itu ketika kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Mohd Na'im berkata tindakan Perdana Menteri itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang di negara ini. - Gambar fail/Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.

Kelas agama 'tidak mesra' mualaf cabaran dalami Islam
Keputusan memilih Islam sebagai pegangan menuntut pengorbanan dan merupakan satu perjuangan bagi golongan saudara baharu atau mualaf.

Perdana Menteri hanya menyantuni permintaan saudara baharu - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata tindakan Perdana Menteri itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang di negara ini.

MAIWP sedia perluas program 'Jom Celik al-Quran'
Program yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan itu mampu menjadi pencetus idea kepada majlis agama di negeri lain untuk menganjurkan program berbentuk dakwah dan al-Quran.

Berbeza agama bukan halangan sambut Tahun Baharu Cina
Berbeza agama bukanlah halangan buat seorang saudara baharu, Ben Ooi Chooi Beng, 38, untuk meneruskan tradisi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga.

Mat Sabu kongsi video tentera wanita peluk Islam
Majlis pengislaman Nurul Umairah telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan yang didahului dengan bacaan surah al-Fatihah dan tazkirah ringkas.

Bekas gengster kongsi kisah bertemu 'Adam' sebelum peluk Islam
Pertemuan singkat itu berlaku sekitar Julai tahun lepas, ketika dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.