SEPANG: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama sehari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat khas yang membawa Hun Manet dan delegasinya mendarat pada 9.30 pagi ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beliau disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara.
Hun Manet kemudian memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada dua pegawai dan 25 anggota dari Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Khairul Fakhzan Zainul Abidin dan Leftenan Muhammad Ariff Mohamad Sholeh.
Semasa lawatan sulungnya itu ke negara ini, Hun Manet yang dilantik pada Ogos 2023 bagi menggantikan bapanya Hun Sen, akan menerima sambutan rasmi yang dihadiri Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar dan menyaksikan pertukaran memorandum (MoU) dalam bidang kewangan inovatif dan perkhidmatan pembayaran antara Bank Negara Malaysia dan Bank Kebangsaan Kemboja serta menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Anwar bagi meraikan Hun Manet.
Hun Manet turut dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Johari Abdul.
Acara lawatan rasmi Hun Manet akan diakhiri dengan Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja, yang merupakan anjuran Dewan Perniagaan Kemboja dan Majlis Perniagaan Malaysia di Kemboja.
Pada Mac 2023, Anwar telah mengadakan lawatan rasmi dan sulungnya ke Kemboja atas undangan perdana menteri ketika itu, Hun Sen.
Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena lawatan Hun Manet memaklumkan antara perkara yang akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu ialah kemajuan hubungan dua hala; kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan; pertanian dan komoditi; industri halal; tenaga; keselamatan; komunikasi maklumat serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosioekonomi komuniti Muslim di Kemboja.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu akan memberi nilai tambah ke arah pengukuhan hubungan Malaysia-Kemboja dalam konteks dua hala serta kerjasama serantau ASEAN.
Kemboja merupakan antara negara terawal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 serta menjalinkan kerjasama dalam pelbagai sektor antaranya perdagangan, pelaburan, pendidikan dan peluang pekerjaan.
Pada 2023, Kemboja merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau ASEAN.
Nilai dagangan dua hala Malaysia-Kemboja direkodkan sebanyak RM3.02 bilion dengan eksport Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, iaitu peningkatan 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pelbagai syarikat Malaysia juga telah melaksanakan 162 projek di Kemboja dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.4 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Ketibaan Hun Manet disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.