Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Barisan Jemaah Menteri dan wakil-wakil petugas barisan hadapan, melaungkan takbir raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Rakaman takbir raya berdurasi 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman media sosial Facebook 'Muhyiddin Yassin' dan stesen-stesen televisyen pada malam ini.
Antara menteri-menteri kanan yang turut melaungkan takbir raya adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Turut serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersama melaungkan takbir raya tersebut.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari esok (Ahad), 24 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai alunan takbir pada sesi rakaman takbir hari raya bersama menteri-menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra baru-baru ini. - BERNAMA
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
Ketua Pembangkang tuntut penjelasan kerugian saham MAHB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan berkaitan kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.
Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
AWANI Ringkas: Harga lantai padi: Kenaikan dijangka diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senat AS sahkan Chris Wright sebagai Setiausaha Tenaga
Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.