TORONTO: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin mengadakan perbincangan dengan anggota Kongres Amerika Syarikat mengenai cara memulihkan proses politik, peranan Washington dalam memelihara penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin.
Shtayyeh bertemu dengan 22 delegasi di bandar Ramallah, Tebing Barat diketuai pemimpin Demokrat, Hakeem Jeffries, Agensi Anadolu memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri Palestin.
Pada pertemuan itu, Shtayyeh menyeru Kongres AS untuk mengundi bagi pengiktirafan negara Palestin.
Beliau berkata Israel melanggar undang-undang antarabangsa setiap hari menerusi pembunuhan, serangan dan membina penempatan haram, menegaskan bahawa ini menyebabkan kemusnahan sistematik penyelesaian dua negara.
Beliau menyeru Kongres AS untuk memaksa Israel supaya membenarkan pilihan raya Palestin merangkumi Baitulmaqdis, mengikut perjanjian yang ditandatangani.
Beliau juga menggesa delegasi kongres mendorong pindaan undang-undang dan peraturan yang menyasarkan Pihak Berkuasa Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan mengaitkannya dengan keganasan.
Pada 7 Sept 2018, di bawah pimpinan bekas Presiden AS Donald Trump, AS memutuskan untuk mengurangkan lebih AS$20 juta bantuan kepada hospital yang merawat rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan menutup pejabat PLO di Washington, D.C. pada 10 Sept.
Pentadbiran Presiden Joe Biden, sebaliknya, berjanji untuk membuka semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur dan pejabat PLO di Washington serta meneruskan semula bantuan kepada Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Pada pertemuan itu, Shtayyeh menyeru Kongres AS untuk mengundi bagi pengiktirafan negara Palestin. - Gambar fail

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
AWANI Borneo [10/3/2025] – Banjir Sabah & Sarawak | Cetus kekecohan | ASEAN
AWANI Borneo Isnin, 10 Mac 2025 bersama Fauzi Zin.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.