KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak kerajaan Malaysia hari ini merafak sembah takziah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas kemangkatan putera baginda Pengiran Muda Abdul Azim semalam.
Muhyiddin, dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya, turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Paduka Seri Baginda dan seluruh kerabat diraja sekalian serta rakyat Brunei tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu, yang juga putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam, mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.
Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Berikutan itu, pemerintah Brunei memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020

Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah serta seluruh kerabat diraja tabah menghadapi detik mendukacitakan ini. -Facebook / Muhyiddin Yassin
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Perdana Menteri rakam ucapan takziah kepada Sultan Brunei
Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Paduka Seri Baginda dan seluruh kerabat diraja sekalian serta rakyat Brunei tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.