KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan bahawa kegagalan pemulihan ekonomi negara ketika ini salah satunya berpunca kerana jawatan Menteri Kewangan disandang oleh Perdana Menteri.
Selain itu, Rafizi turut tidak bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi menguruskan hal ekonomi negara.
Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus, dan tidak berlaku seperti pentadbiran terdahulu.
"Pandangan saya kepada Pagoh (Muhyiddin), itulah silapnya sebelum ini kerana Perdana Menteri memusatkan semuanya kepada dia. Jadi dia tidak sempat buat.
"Jadi sekarang ini dari segi pecahan kerjanya, sebahagian besar dari segi perancangan pelan ekonomi dan dasar sederhana dan jangka masa panjang, ditentukan oleh Kementerian Ekonomi. Kemudian pelaksanaan itu diusahakan bersama dengan kementerian-kementerian yang memang ada mandat dan tanggungjawab itu.
"Urusan dari segi tatakelola kerana Menteri Kewangan bertanggungjawab memastikan proses perolehan itu benar-benar telus. Sebab itu pandangan saya, tokoh yang paling baik untuk menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Rafizi menjawab soalan tambahan Muhyiddin (PN-Pagoh), apakah sudah tiba masanya Perdana Menteri melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi memulihkan ekonomi negara.
Menjawab lanjut, beliau berkata ekonomi negara ketika ini berdepan masalah-masalah struktur seperti penglibatan dalam ekonomi tinggi, yang didakwa ditinggalkan oleh pentadbiran-pentadbiran yang dahulu.
Selain itu, Rafizi berkata Malaysia juga berdepan masalah pasaran buruh seperti gaji dan bentuk-bentuk pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Justeru beliau berpandangan, tugas untuk merungkai dan memulihkan ekonomi bukan hanya terletak di bahu Menteri Kewangan semata-mata, sebaliknya ia melibatkan kerjasama pelbagai kementerian.
"Jadi dekat mana Pagoh kata ekonomi tidak pulih?
"Saya nak tanya balik kepada Pagoh, semasa Pagoh dan Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan selama 33 bulan, pernahkah ada tiga suku berturut-turut yang ada pertumbuhan ekonomi dari satu suku ke satu suku? Ini kali pertama (dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan)," ujarnya.
Rafizi menambah, keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan dalam menguruskan ekonomi semakin hari semakin pulih, termasuk keupayaan kerajaan menguruskan kadar kemiskinan.
"Di mana rakyat tidak ada keyakinan? Keyakinan itu sikit demi itu telah pulih dan termasuk memasukan pelaburan (dalam negara).
"Kalau Pagoh dan PN tak yakin, tapi jangan salah guna nama rakyat dan pelabur-pelabur lain," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 22 2023

Rafizi turut tidak bersetuju dengan saranan Muhyiddin agar Anwar melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi menguruskan hal ekonomi negara. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.