Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung diberi sambutan penuh istiadat di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Ketibaannya disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Tan Dung kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Perdana Menteri Vietnam diiringi delegasi serta isterinya, Tran Thanh Kiem.
Turut hadir pada majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Tan Dung dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata diikuti dengan mesyuarat delegasi.
Lawatan Tan Dung merupakan lawatan ketiga beliau ke Malaysia setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam pada tahun 2006.
Rahimah Abdullah
Fri Aug 07 2015
Ketibaannya disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, pada Jumaat.
Polis kesan tiga lagi suspek, lima individu telah ditahan
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, awal pagi Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM China diberi sambutan rasmi di Putrajaya
Li disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 9.30 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Teliti semula prosedur, cara kerja pentadbiran kerajaan pasca COVID-19 - Muhyiddin
Muhyiddin berkata cara lama yang dilaksanakan sejak sekian lama tidak lagi sesuai dalam situasi pasca-COVID-19.
Perdana Menteri Vietnam diberi sambutan penuh istiadat
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung diberi sambutan penuh istiadat di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra.