KUALA LUMPUR: Polis menahan 23 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini petang semalam, sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua bas dipercayai membawa penyokong bola sepak kira-kira 5 petang di kawasan stadium berkenaan.
"Tangkapan dilakukan susulan kejadian lima individu berusia 19 hingga 22 tahun dipukul kira-kira 4.50 petang iaitu sebelum perlawanan bola sepak itu berlangsung.
"Kumpulan individu terbabit juga telah merosakkan empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir bersebelahan stadium dan seorang mangsa mengalami patah tangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hussein berkata siasatan awal mendapati kumpulan individu terbabit dipercayai mempunyai niat untuk membuat kecoh dengan merosakkan harta benda dan mencederakan penyokong pasukan bola sepak secara rambang.
Beliau berkata empat daripada 23 lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah serta jenayah manakala seorang lagi memiliki rekod dikehendaki berkaitan kes bunuh selain 12 lelaki positif dadah hasil saringan air kencing dilakukan.
Kesemua individu berkenaan direman hingga Rabu ini untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 44 saat dan tiga keping gambar memaparkan pergaduhan sekumpulan individu serta kenderaan yang rosak akibat pergaduhan yang berlaku di Stadium MBPJ sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Empat daripada 23 lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah serta jenayah manakala seorang lagi memiliki rekod dikehendaki berkaitan kes bunuh.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.

Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng
Polis menahan lima lelaki hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.

17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.

Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.

Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.

Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.

Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.