KUALA LUMPUR: Kenyataan di media sosial berhubung kutipan wang Tabung Kilat untuk menjamin penghantar makanan yang ditahan akibat pergaduhan di Sungai Way adalah palsu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihak polis tidak pernah mengenakan atau meminta bayaran bagi ikat jamin terhadap Orang Kena Tangkap (OKT).
"Laporan polis dibuat susulan pengadu yang juga anggota polis terbaca muat naik di laman media sosial Facebook di akaun Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam berkaitan Tabung Kilat tersebut.
"Muat naik itu menyatakan lima penghantar makanan ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah dan mereka perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 seorang.
"Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun yang disertakan dipercayai milik persatuan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia susulan insiden penahanan sekumpulan penghantar makanan dan seorang pelanggan yang terlibat dengan pergaduhan di Sungai Way.
BACA: Sentuh sensitiviti agama: Pelanggan dan lima penghantar makanan direman
BACA: Kes pukul pelanggan: Polis tahan enam lelaki
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhruddin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.
"Kertas siasatan dibuka di bawah Sekysen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis menasihat orang ramai jangan mudah terpedaya dengan sebarang muat naik melibatkan nama PDRM yang meminta derma daripada mana-mana individu atau persatuan," katanya.
Afiezy Azaman
Sun Jun 13 2021

Kenyataan di laman Facebook berhubung kutipan wang 'Tabung Kilat Ikat Jamin Rider Foodpanda' adalah palsu.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Lelaki dicekup enam jam selepas meragut
Semakan rekod mendapati, suspek berkenaan mempunyai 22 rekod jenayah lampau dan satu berkaitan dadah.

Pergaduhan Sungai Way: Polis tidak pernah minta bayaran ikat jamin OKT
Laporan polis dibuat susulan pengadu terbaca muat naik di Facebook berkaitan Tabung Kilat tersebut.

Kes pukul pelanggan: Polis tahan enam lelaki
Mereka yang ditahan ialah lima penghantar makanan dan pelanggan itu, berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.