JITRA: Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berharap peruntukan yang lebih besar dapat dipertimbangkan khas dalam Belanjawan 2023, yang akan diteliti semula kerajaan baharu bagi membolehkan perbadanan itu meneruskan program dan latihan kepada bakal pesara, serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Pengarah PERHEBAT Zakariah Md Sam berkata perbelanjaan perbadanan itu, pada masa ini adalah di bawah Kementerian Pertahanan.
"Jadi, saya harap dalam Belanjawan 2023 nanti, kerajaan dapat memberi pertimbangan khas kepada pembelaan bakal pesara dan veteran ATM, dengan memberi peruntukan yang lebih supaya program dan latihan yang sedia ada dapat diteruskan dan diperhebatkan lagi.
"Program dan latihan yang ditawarkan itu, bertujuan melatih dan membimbing bakal pesara dan veteran tentera untuk meneruskan kehidupan, selepas menamatkan perkhidmatan dan seterusnya menceburi kerjaya kedua di dunia awam nanti," katanya ketika ditanya mengenai harapan PERHEBAT dalam Belanjawan 2023.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT kepada 145 bakal pesara, yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad di sini hari ini.
Pada 5 Dis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet kerajaan perpaduan yang baharu.
Perdana Menteri dipetik sebagai berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri, bagi menambah baik Belanjawan 2023 yang sedia ada.
Sementara itu, Najmi berkata kerajaan negeri memberi komitmen dalam segala inisiatif untuk melestarikan kesejahteraan hidup bakal pesara dan veteran ATM, yang telah banyak berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
"Saya menyeru agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta untuk menyediakan kuota khas peluang pekerjaan kepada mereka, kerana dengan segala kepakaran, kemahiran dan pengalaman dalam perkhidmatan ATM, pastinya mereka berupaya memberi sumbangan besar dalam pelbagai industri.
"Industri di Kedah juga semakin berkembang dengan pertambahan pelaburan dan sudah pastinya memerlukan tenaga pekerja yang ramai dan saya lihat mereka ini bakal menjadi antara satu sumber yang dapat memenuhi keperluan pasaran kerja di Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad (tengah) bersama penerima sijil tamat latihan pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat dan Program Reskilling Upskilling Veteran ATM di ILP hari ini. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
Thailand perhebat siasatan, dakwa bom dihasilkan di Malaysia
Pasukan keselamatan di selatan Thailand diarah memperhebatkan siasatan berhubung rampasan 41 bom buatan sendiri dari sebuah trak pikap di Narathiwat semalam.