GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah dewasa jantan yang dipercayai mengganggu lebih 300 pekebun di Kampung Subong Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini hari ini.
Ketua Operasi Pemindahan Gajah Liar RPT Sungai Terah Mohammad Abu Huzaifah Abu Samah, 36, berkata operasi dilaksanakan selepas gajah yang dianggarkan seberat tiga tan daripada Kumpulan ID Nenggiri yang mempunyai populasi anggaran 20 ekor, berjaya ditangkap pada Jumaat lepas.
Beliau berkata dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai turut didatangkan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang untuk membantu pemindahan berkenaan dengan memujuk gajah jantan tersebut keluar.
"Gajah jantan diberi nama Pak Muda Subong dengan tapak kaki bersaiz 16 inci itu ditangkap tiga hari lepas dan dianggarkan berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun. Haiwan berkenaan dipercayai antara gajah yang terlibat dengan serangan lembu di Kampung Awek sebelum ini.
"Pembinaan jalan dan ruang punggah bagi penarikan gajah liar ini telah dilakukan pada pagi semalam dan disambung semula hari ini disebabkan cuaca hujan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Subong, RPT Sungai Terah di sini hari ini.
Mohammad Abu Huzaifah berkata hasil pemantauan kesihatan yang telah dilakukan mendapati gajah liar tersebut berada di dalam keadaan sihat dan stabil, justeru akan dilepaskan ke habitat asal di Sungai Deka, Hutan Simpan Tembat, Terengganu.
"Operasi bermula pada 8 pagi dan kerja-kerja pemindahan gajah liar ke atas lori gajah selesai pada 2 petang termasuk melibatkan penarikan gajah liar menggunakan gajah denak sejauh kira-kira 200 meter ke ruang punggah," katanya.
Beliau yang juga Pegawai Hidupan Liar PKGK Kuala Gandah berkata operasi pemindahan itu melibatkan kira-kira 30 anggota dari PKGK Kuala Gandah dan Sungai Deka (Hulu Terengganu) serta Perhilitan Kelantan.
Sementara itu, pekebun, Ismail Awang Hamad, 60, berkata beliau bersyukur dengan tindakan pantas pihak Perhilitan menjejak dan menangkap gajah liar terbabit yang dipercayai turut menceroboh kebun pisangnya di Kampung Lembaga.
"Terima kasih diucapkan kepada Perhilitan dan pihak yang terlibat menangkap serta memindahkan gajah ini. Saya harap pihak yang terlibat mengambil tindakan jangka masa panjang sebagai langkah proaktif bagi permasalahan ini," katanya.
Terdahulu, pekebun gempar apabila lembu ternakan milik seorang dari mereka ditemukan mati dengan kesan luka dipercayai ditusuk gading gajah liar di Kampung Awek, 8 Sept lepas.
Malah gajah liar tersebut dipercayai turut merosakkan kira-kira 200 pokok pisang dan pokok sawit milik pekebun di sekitar Kampung Lembaga dan RPT Kesedar Sungai Terah.
--BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Operasi pemindahan dilaksanakan selepas gajah yang dianggarkan seberat tiga tan itu berjaya ditangkap pada Jumaat lepas. - Bernama
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Keputusan analisis ke atas harimau baham dua lelaki dijangka diketahui dua, tiga minggu lagi
Keputusan itu akan diperoleh setelah melalui beberapa proses pemeriksaan terhadap harimau tersebut, termasuk pengambilan sampel DNA dari najis haiwan.
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Lindungi unsur nadir bumi, galian fokus baharu Operasi Bersepadu Khazanah
Segala khazanah negara perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak diceroboh serta diterokai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
NRES laksana kajian cegah harimau keluar habitat asal
NRES akan menjalankan kajian menyeluruh untuk mencegah atau mengelak harimau keluar dari habitat asalnya seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia.