GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah dewasa jantan berusia antara 15 dan 20 tahun yang dipercayai mengganggu tanaman lebih 200 peneroka di tanah rancangan Felda Chiku 2, di sini.
Penolong Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Mohamad Syazwan Fais Mohamad Rodzi berkata operasi dilaksanakan selepas gajah yang dianggarkan seberat 2.3 tan itu ditangkap pada Khamis lepas.
"Operasi pemindahan gajah ini mengambil masa hampir enam jam bermula 8.30 pagi dan berakhir pada 2 petang.
"Operasi menjejak dan menangkap gajah melibatkan 30 anggota Perhilitan daripada Unit Tangkapan Gajah Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka dan Pusat Konservasi Kebangsaan," katanya kepada pemberita ketika operasi pemindahan gajah di Felda Chiku 2, di sini hari ini.
Menurutnya tangkapan hari ini menggunakan dua ekor gajah denak betina bernama Suria dan Kala dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka untuk memujuk sekali gus membawa gajah liar yang diberi nama 'Awang Chiku' itu keluar dari kawasan ladang kelapa sawit.
Mohamad Syazwan berkata gajah yang mempunyai ukuran tapak kaki 15 inci itu dipercayai tersesat daripada kumpulan 30 gajah yang berasal dari Gunung Rabong, di sini.
"Awang Chiku berjaya ditangkap Khamis lepas setelah operasi pengesanan dijalankan susulan aduan yang diterima. Ia akan dirawat dan dilepaskan ke habitat lebih sesuai," katanya.
Sementara itu, pemilik ladang sawit Shafiin Abd Rahman, 78, berkata dia bersyukur dengan tindakan pantas pihak Perhilitan mengesan dan menangkap gajah liar yang mengganggu tanaman mereka membabitkan kawasan sekitar Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2.
"Tangkapan ini adalah tindakan cekap Perhilitan yang berjaya mengesan dan menangkap gajah ini pada hari yang sama. Hari ini kita dapat saksikan operasi pemindahan gajah berkenaan," katanya.
Md Jusoh Md Ali, 74, pula berkata dia kerugian hampir RM30,000 akibat tanaman dimusnahkan gajah liar berkenaan sejak enam bulan lepas.
"Diharapkan dengan penangkapan gajah liar ini akan menyelesaikan masalah pencerobohan ladang tanaman penduduk selama ini. Gajah berkenaan bukan sahaja merosakkan tanaman, malah berkeliaran di kawasan perumahan baru-baru ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Gajah liar jantan bernama Awang Chiku (tengah) diapit gajah denak betina bernama Kala (kiri) dan Suria (kanan) semasa operasi pemindahan gajah liar di dalam kawasan ladang di Felda Chiku 2. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.