TANAH MERAH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai gangguan gajah liar di kawasan kampung berkenaan.
"Seramai enam anggota dari PERHILITAN Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan dan seterusnya berjaya menangkap seekor gajah liar jantan itu semalam.
"Tangkapan Gajah liar ini sedikit sebanyak melegakan penduduk di kawasan kampung terbabit seterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda disebabkan konflik gajah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hafid berkata operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang di Pahang dan kakitangan Perhilitan Kelantan.
"Kita ingin menjelaskan bahawa tindakan bagi mengurangkan konflik yang berlaku di kawasan berkenaan juga telah dijalankan dengan memberi khidmat nasihat kepada penduduk khususnya pekebun agar mengambil langkah mitigasi.
"Tangkapan dan pemindahan gajah liar itu bukan penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan kebun berkenaan berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sokor Taku dan dipercayai anggaran populasi gajah liar yang berada di HSK ini adalah lebih daripada 20 ekor.
"Justeru itu, pekebun dinasihatkan mengambil langkah yang lebih efektif seperti pembinaan parit gajah bagi mengurangkan gangguan konflik yang berlaku," katanya.
Beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan kepada diri sendiri.
"Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Hafid Rohani berkata tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai gangguan gajah liar di kawasan kampung berkenaan. - Gambar Bernama/Perhilitan
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Perak akan terima pakai pindaan Akta Perhutanan Negara - MB
Saarani berkata, pihaknya akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan negeri bekerjasama dengan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat itu.
Terdapat kelemahan pengurusan aktiviti 40 hutan simpan kekal di Selangor - LKAN
Laporan Ketua Audit Negara mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti melibatkan 40 daripada 76 HSK di Selangor.
Ladang Hutan Kledang Saiong: Saarani sudah sembah maklum kepada Sultan Perak
Kerajaan negeri menjelaskan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan seluas lebih 4,000 hektar itu dijalankan secara berhemah dan mengikut peraturan.
Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara
Penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri
Suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti maklumat berkenaan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
Aktiviti pendakian di HSK Selangor dibenar mulai Februari
Hee Loy Sian berkata, larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari.
Hutan Simpan Kekal baharu diwarta di Mukim Petaling
Hutan Simpan Sungai Besi (Tambahan) itu bagi menggantikan HS Bukit Sungei Puteh, Mukim Cheras seluas 7.48 hektar yang diwarta keluar.
Ceroboh Hutan Simpanan Kekal, 11 peserta pemanduan lasak ditahan
Mereka yang ditahan sekitar pukul 1 pagi di Hutan Simpan Amanjaya itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.
Warta semula HSKLU bukti pentadbiran responsif, berakauntabiliti - Najwan
Keputusan mewartakan semula HSKLU membuktikan pentadbiran yang bersifat responsif, cakna, berakauntabiliti dan tata kelola yang tinggi.