Ringkasan AI
- Perhilitan Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di taman perumahan di Pedas, Rembau, namun belum menerima sebarang aduan rasmi.
- Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta membuat laporan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
- Video berdurasi 19 saat yang menunjukkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam telah tular di media sosial dan WhatsApp.
Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan daripada penduduk setempat berhubung perkara itu.
"Kita sedang siasat dan pantau secara berterusan bagi memastikan kesahihan kejadian tersebut.
"Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta supaya terus membuat laporan kepada Perhilitan untuk kita lakukan tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam yang didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Pedas.
-- BERNAMA
