SUNGAI SIPUT: Seekor gajah liar yang dilaporkan mengganggu kediaman penduduk Orang Asli di Pos Perwor di sini berjaya dipindahkan dalam satu operasi pemindahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Penolong Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, Mohammad Abu Huzaifah Abu Samah berkata gajah betina berusia antara 12 hingga 15 tahun itu merupakan kumpulan gajah daripada ID (kumpulan gajah) Piah.
Beliau berkata pihak Perhilitan telah menerima aduan serius daripada penduduk berkenaan konflik gajah yang mengganggu kawasan tersebut.
"Gajah ini dipercayai seekor daripada ID Piah yang membuat gangguan di kawasan kampung dan kawasan sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi berkenaan di sini hari ini.
Mohammad Abu Huzaifah yang juga ketua operasi berkata proses pemindahan yang memakan masa kira-kira empat jam itu melibatkan 30 individu membabitkan pihak polis, Perhilitan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka bagi memindahkan gajah yang dianggarkan seberat dua tan itu.
Mohammad Abu Huzaifah berkata dua ekor gajah denak betina dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Terengganu iaitu Kala dan Suria digunakan pada operasi hari ini bagi memujuk dan menarik gajah liar terbabit sehingga menaiki lori.
"Untuk kita nak pindahkan gajah, dua ekor gajah ini akan masuk untuk ditarik gajah ke lori, jadi dia akan masuk, kita terus ikat dan masuk ke dalam lori. Selalunya kita akan lepaskan (gajah liar berkenaan) ke habitat asal, ke kawasan yang sesuai dengannya," katanya.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Takong, Pos Perwor, Ali Long, 52, berkata penduduk berasa lega apabila tindakan pantas pihak Perhilitan berjaya menangkap gajah yang sering menganggu kampung itu.
Menurut Ali, gajah berkenaan sering menceroboh ke kampung berhampiran dan kehadiran hidupan liar berkenaan telah memusnahkan rumah penduduk serta sekolah.
"Keadaan itu menyebabkan penduduk kampung berada dalam ketakutan sehingga murid-murid takut pergi sekolah. Gajah sering datang pada waktu malam," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bangunan dan beberapa kelengkapan Sekolah Kebangsaan Pos Perwor dekat Lasah di sini mengalami kerosakan teruk selepas diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian pada 8 Jun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
![Perhilitan pindah gajah liar seberat 2,000 kg ganggu Orang Asli Perhilitan pindah gajah liar seberat 2,000 kg ganggu Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689149710_gajahliar.jpg)
Gajah betina berusia antara 12 hingga 15 tahun itu merupakan kumpulan gajah daripada ID (kumpulan gajah) Piah. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
![Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741828_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
![Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737275024_Perhilitan.jpg)
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
![Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735019837_harimaukumbang.jpg)
Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.
![Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734056474_tbbuaya.jpg)
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
![APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732615478_APMtangkapularsaw.jpg)
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
![Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722571026_gajahliar.jpg)
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
![Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728462167_gajah.jpg)
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.