Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan akan menganjurkan perhimpunan Bantahan Ladang Rakyat di Kampung Lalang, Kuala Betis pada Jumaat ini.
Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Mohamad berkata bantahan ladang rakyat itu dijangka mengumpulkan 1,500 peserta termasuk penduduk tempatan dan peserta konvoi 300 kenderaan dari seluruh negeri.
Beliau berkata, bantahan itu bagi menunjukkan keperihatinan Perkasa untuk membantu penduduk di kampung terbabit selepas tanah mereka dirampas kerajaan Pas Kelantan untuk diberi kepada syarikat pembangunan ladang rakyat.
"Kita akan berkumpul di kampung terbabit jam 2.30 petang untuk membuat bantahan berkenaan yang akan dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program berkenaan bersama penduduk di Kampung Lalang hari ini.
Mohd Fauzi berkata pelbagai perhimpunan yang diadakan Perkasa bagi memberi kesedaran kepada penduduk bahawa kerajaan negeri lebih mengutamakan individu asing daripada penduduk tempatan untuk memiliki tanah.
"Kita akan melakukan perhimpunan bantahan berkenaan secara berterusan kerana kita bimbang jika kerajaan Pas itu terus memerintah Kelantan selepas pilihan raya umum ke 13, akan banyak lagi tanah yang diusahakan rakyat dirampas," katanya.
Bernama
Sun Feb 03 2013
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Masjid perlu ada sistem akaun yang baik, elak kutipan tidak jelas - SPRM
Masjid-masjid perlu mempunyai sistem perakaunan yang lebih baik bagi meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran di rumah ibadat tersebut.

SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang
Ia susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat untuk pelaksanaan projek ternakan udang.

Penjawat awam, pengurus syarikat direman seleweng RM3.5 juta peruntukan Sukma
Penjawat awam berumur 44 tahun dan pengurus berumur 39 tahun, kedua-duanya lelaki, ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini pada 4.30 petang Rabu.

Bekas Penolong Eksekutif anak syarikat Felcra ditahan kes salah guna kuasa
Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Politik wang: Dua lelaki ditahan SPRM
Menurut sumber, suspek pertama berusia 48 tahun ditahan jam 12.20 tengah hari di sebuah restoran di Alor Setar manakala suspek kedua, 46 tahun, ditahan 3.25 petang di Plaza Tol PLUS Pendang.
Perhimpunan bantah kerajaan Kelantan di Kuala Betis
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan akan menganjurkan perhimpunan Bantahan Ladang Rakyat di Kampung Lalang, Kuala Betis.