Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada Selasa malam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.
"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," katanya kepada Bernama di sini Rabu.
Perhimpunan haram itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran DBKL yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.
Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu.
"Setakat ini belum terima apa-apa tetapi apabila ada (laporan) kita akan lihat dan kira berapa jumlah kerugian," katanya.
Ahmad Phesal turut memuji kecekapan anggota keselamatan yang mengawal keadaan sehingga tanpa berlakunya kejadian tidak diingini.
"Saya juga bersyukur kerana orang awam turut memberi kerjasama dan tidak mencetuskan provokasi meskipun persembahan bunga api untuk sambutan tahun baharu terpaksa dihentikan bagi mengelak insiden berpanjangan," katanya.
Beliau turut menegaskan tidak timbul isu wujudnya pembaziran apabila persembahan bunga api dihentikan kerana ia (bunga api) masih boleh digunakan untuk acara-acara lain.
Bernama
Wed Jan 01 2014


Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Polis kumpul bukti perhimpunan haram cemar sambutan Ambang 2014
Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang.

Perhimpunan Haram: DBKL bincang tindakan susulan dengan Polis
Perhimpunan haram itu telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.