KUALA LUMPUR: Seramai 47 individu yang dikena lpasti sebagai peserta Himpunan #Keluar dan #Lawan pada Sabtu lalu dinasihati supaya tampil segera untuk membantu polis merakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini seramai 11 individu yang menyertai perhimpunan itu tampil memberi keterangan.
"KIta telah mengenal pasti 47 individu lagi yang mengambil bahagian dalam himpunan itu yang dipercayai boleh membantu polis.
"Jadi tujuan saya panggil hari ini adalah untuk mendapatkan kerjasama dari mereka yang ada di dalam gambar perhimpunan itu untuk membantu siasatan kes ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Pada 31 Julai lalu, lebih 400 individu dilaporkan berkumpul di jalan berhampiran Stesen Tren Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek.
Mangulas lanjut, Azmi memaklumkan mereka kemudian berarak menghala ke Jalan Raja Laut dengan membawa sepanduk dan sebagainya dengan tanda #Lawan.
Setakat ini katanya, polis menerima 19 laporan di seluruh negara berhubung kejadian itu.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2020 (Akta 342).
Umavathi Ramayah
Mon Aug 02 2021

Azmi berkata, setakat ini seramai seramai 11 individu yang menyertai perhimpunan itu tampil memberi keterangan. - Gambar fail

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Perhimpunan #Keluar dan #Lawan: 47 peserta diminta tampil bantu siasatan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini seramai 11 individu yang menyertai perhimpunan itu tampil memberi keterangan.