KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian lebih lanjut mengenai kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar pada 11 November.
Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata permohonan penambahan kemudahan pengeluaran bersasar itu akan bermula pada Januari 2021.
"Kemudahan pengeluaran tambahan ini adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kemunculan gelombang baharu kes COVID-19 telah mengakibatkan proses pemulihan ekonomi yang tidak menentu sehingga menyebabkan sebilangan ahli kembali berdepan dengan masalah kewangan.
Katanya pihaknya bimbang bantuan yang sedia ada mungkin tidak akan dapat bertahan lama terutamanya bagi mereka yang memerlukan lebih banyak aliran tunai untuk menyara diri dan keluarga.
Sebelum ini, KWSP memperkenalkan kemudahan Pengeluaran i-Lestari untuk meredakan sedikit masalah aliran tunai ahli dan membenarkan mereka mengurangkan kadar caruman syer pekerja secara sukarela daripada 11 peratus kepada tujuh peratus untuk tempoh April 2020 hingga Disember 2020.
"Selain itu, kami juga menghulurkan bantuan kepada majikan yang terjejas dengan memperkenalkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP), yang membolehkan majikan yang layak memohon untuk menangguh dan menstruktur semula caruman syer majikan KWSP," katanya.
Tunku Alizakri berkata kebenaran untuk ahli mengakses simpanan persaraan KWSP mereka selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku atau dilaksanakan sebelum ini.
Katanya simpanan dalam Akaun 1 (70 peratus daripada simpanan) telah ditetapkan untuk persaraan ahli manakala simpanan dalam Akaun 2 (30 peratus daripada simpanan) pula diperuntukkan bagi pengeluaran tertentu sahaja.
"Oleh yang demikian, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat dengan tergesa-gesa. Namun, kami telah menemui jalan tengah untuk membolehkan ahli mengakses simpanan mereka tanpa menjejaskan persaraan mereka pada masa depan," katanya.
KWSP juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mendapatkan produk insurans dan takaful yang merangkumi insurans nyawa/keluarga dan penyakit kritikal daripada syarikat insurans dan takaful yang diluluskan.
Beliau berkata produk ini akan disediakan melalui i-Akaun, yang akan disesuaikan untuk ahli KWSP dengan harga premium yang berpatutan dan dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan.
Katanya KWSP juga menyambut baik keputusan kerajaan berkenaan penurunan kadar caruman minimum syer pekerja kepada sembilan peratus, mulai Januari 2021 hingga Disember 2021, yang mengambil kira tekanan ekonomi dan juga pengurangan pendapatan ahli.
"KWSP ingin menekankan bahawa walaupun langkah-langkah ini adalah respon kepada kebimbangan masa kini ahli dan meliputi keperluan jangka pendek bagi menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya, langkah-langkah untuk menangani isu-isu berkaitan sistem perlindungan sosial negara perlu dilaksanakan segera," katanya.
Tunku Alizakri berkata memandangkan KWSP mewakili hampir 50 peratus populasi rakyat Malaysia dengan 14.6 juta ahli, KWSP akan mengambil pendekatan proaktif dalam memberikan pandangan dan membantu kerajaan mewujudkan penyelesaian secara holistik untuk mencapai kesejahteraan sosial bagi ahli KWSP khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
"Kami akan terus memperjuangkan isu perlindungan sosial bersama-sama dengan agensi-agensi dan badan-badan yang lain melalui MySPC (Majlis Perlindungan Sosial Malaysia) dan akan berusaha untuk meningkatkan sistem perlindungan sosial untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Katanya KWSP juga akan meningkatkan program jangkauannya untuk mengupaya dan memperkasakan ahli dengan pengetahuan kewangan agar mereka bersedia menghadapi cabaran kewangan pada masa depan di samping membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran diri.
Beliau turut menggesa ahli untuk membuat janji temu dengan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk membantu merancang kewangan mereka dengan lebih berkesan dan mendapatkan nasihat berkenaan penyelesaian yang sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020
Kebenaran untuk ahli KWSP mengakses simpanan persaraan mereka selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. - Gambar hiasan
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.