KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu bagi mengelakkan SPRM bertindak menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.
"Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM diminta tampil sebelum kami panggil.
"SPRM ada senarai nama individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan, jadi kami minta datang dan kami akan layan dengan baik jika beri kerjasama. Jangan tunggu kami panggil," katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot 'SPRM 360' di MACCfm.
Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung adakah individu berkenaan mengetahui pembabitan sindiket, tegas Azam, amat mustahil sekiranya mereka tidak mengetahui kerana dana yang diberikan adalah dalam bentuk tunai.
"Jenayah pengubahan wang haram ini membabitkan kesalahan seperti menipu, rasuah atau merompak bank, yang mana wang itu perlu dicuci.
"Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu.
"Kerana apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada (diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini dicuci," jelasnya.
Sementara itu, Azam mengesahkan seramai 20 individu termasuk lapan daripada pasukan polis ditahan dalam operasi khas kes pengubahan wang haram melibatkan sindiket penipuan Macau Scam.
BACA: Pasangan selebriti dipanggil SPRM bantu siasatan
Katanya, pihaknya turut menyita 730 akaun bank yang mengandungi wang RM80 juta, wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah dipercayai hasil aktiviti itu.
“Daripada 20 suspek, seorang adalah lelaki warga China, 11 rakyat tempatan dan lapan pegawai penguatkuasa daripada satu agensi kerajaan.
“Semua rampasan ini dipercayai adalah hasil aktiviti haram dengan menipu orang ramai,” tambah beliau.
Sebelum ini, tiga individu dipercayai ahli perniagaan direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan artis dan selebriti tanah air.
Fauzi Suhaimi
Thu Oct 08 2020
Azam berkata, perkara itu bagi mengelakkan SPRM bertindak menahan mereka berkenaan dalam masa terdekat. - Gambar fail BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
SPRM komited kesiapsiagaan pegawai penuhi tuntutan negara
Azam berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.
Kompetensi makmal forensik digital SPRM diiktiraf - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kompetensi makmal forensik digitalnya selepas memperoleh Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.