Seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan kerjasama pintar antara universiti bagi membolehkan proses penghantaran pulang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke kampung halaman masing-masing pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ketua Makmal Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT, Dr Mohd Uzair Rusli berkata sebelum kaedah itu digunakan, pelajar perlulah melalui proses tertentu dan didapati sihat daripada sebarang gejala COVID-19.
Beliau berkata penghantaran pelajar pula mestilah menggunakan bas universiti dan bukannya pengangkutan awam bagi tujuan keselamatan dan mengelak daripada sebarang risiko dijangkiti.
"Sebagai contoh, UMT akan menghantar pulang pelajar ke Johor dan bas sama juga digunakan untuk mengangkut anak-anak Terengganu yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sana untuk pulang ke sini.
"Langkah ini boleh dilaksanakan kerana kita memiliki universiti awam di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jumaat lepas, Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Noraini Ahmad berkata pihaknya akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pelajar yang berada di kampus ke rumah masing-masing susulan lanjutan PKP sehingga 28 April ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mencadang dan menasihat KPT supaya bersabar dalam tempoh seminggu dua sebelum membenarkan pelajar IPT pulang ke kampung masing-masing.
"Perkongsian bijak sesama universiti akan menjimatkan wang dan lebih penting mengelak risiko jangkitan COVID-19. Pelajar juga akan lebih selesa dan ceria menyambung sesi pembelajaran secara dalam talian di kampung bersama keluarga masing-masing," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Asasi Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) UMT, Dr Laili Che Rose berpendapat kebajikan pelajar kini berada pada tahap yang baik dan seeloknya terus kekal di kampus.
Beliau berkata sebagai ibu kepada dua anak yang juga sedang belajar di universiti tempatan dan luar negara, beliau amat memahami keresahan serta kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan dan kebajikan anak mereka.
"Ketika ini keseimbangan telah dicapai apabila pelajar di kampus berada dalam kesihatan yang baik, begitu juga ibu bapa mereka di kampung.
"Tetapi bayangkan bagaimana sekiranya keseimbangan itu digangggu kerana saya yakin, pasti akan ada yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika dalam pergerakan dari kampus ke kampung masing-masing.
"Malah, mungkin ada pelajar yang kampungnya dikategorikan sebagai zon merah dan ini akan mendedahkan mereka kepada risiko yang tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 12 2020
Penghantaran pulang pelajar mesti menggunakan bas universiti dan bukannya pengangkutan awam bagi tujuan keselamatan dan mengelak daripada sebarang risiko dijangkiti. - fotoBERNAMA/Hiasan
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.
HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron
Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan.
Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.
COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala
Ini sekaligus memberi harapan khususnya bagi mereka yang kurang memberi reaksi terhadap suntikan imunisasi.
Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 - Kajian
Para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang sudah lengkap divaksin, iaitu bersin.
COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan mereka yang bergejala agar membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi mesyuarat tersebut.
COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia
Wanita yang mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk itu meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah
Panggilan kecemasan diterima pada 8.22 malam dan seramai 21 anggota termasuk daripada HAZMAT digegaskan ke lokasi.