KUALA LUMPUR: Perjalanan udara pada November 2023 mencecah 99 peratus daripada paras 2019, dengan rantau Asia-Pasifik mencatatkan prestasi tahun ke tahun paling kukuh apabila pemulihan berterusan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
IATA menjelaskan jumlah trafik udara, diukur berdasarkan perolehan daripada kilometer yang dilalui oleh penumpang (RPK), meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
"Secara global, trafik kini berada pada 99.1 peratus daripada paras November 2019," tambahnya dalam kenyataan pada Rabu.
IATA memaklumkan trafik antarabangsa meningkat 26.4 peratus tahun ke tahun pada November 2023 daripada angka November 2022, di samping mencapai 94.5 peratus daripada tahap November 2019.
Trafik domestik pula meningkat 34.8 peratus tahun ke tahun dan 6.7 peratus melebihi tahap November 2019, jelasnya.
"Rantau Asia-Pasifik terus merekodkan prestasi tahun ke tahun yang paling kukuh (melonjak 63.8 peratus), dengan semua wilayah menunjukkan peningkatan tahun ke tahun," tambah IATA.
Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh berkata perjalanan antarabangsa kekal 5.5 peratus di bawah paras prapandemik namun, jurang itu semakin kecil.
Pasaran domestik berada di atas paras prapandemik secara berterusan sejak April 2023, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.

MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.

Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.

Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.

Pemulihan industri penerbangan: Hampir 400,000 perjalanan direkod sejak Januari - MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, angka itu menunjukkan pemulihan penerbangan adalah pada kadar 74.1 peratus.

Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.

Penyelidikan unjur ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali ganda pada 2023
Unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia.

IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.

Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA
Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022.