KUALA LUMPUR: Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs) berkaitan pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci serta tidak jelas, kata Pengerusi Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata perkara itu merupakan faktor syarikat berkenaan mengambil kesempatan untuk tidak mahu membayar jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.
"Pada 2020, kita buat settlement dulu, kita dibayar US$2.5 bilion kemudian dijanjikan nak bayar lagi US$1.4 bilion (pemulihan aset) tetapi perjanjian dibuat itu tidak terperinci.
"Jadi, mereka (Goldman Sachs) ambil kesempatan tidak mahu bayar sebab ia cakap kita dah kutip melalui Ambank iaitu denda sejumlah AS$640 juta, jadi ditolak AS$1.4 bilion itu. Kemudian, kita dah dapat lebih kurang dalam AS$430 juta daripada DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat).
"Selepas itu, Goldman Sachs tolak settlement kita dengan IPIC (International Petroleum Investment Company), kemudian katanya dah selesai, jadi kenapa syarikat itu perlu bayar AS$1.4 bilion? Kita kata tidak, AS$1.4 bilion itu ialah pemulihan bukannya denda. Ada pertikaian di situ kerana perjanjian tidak jelas," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Johari dilapor berkata perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan syarikat itu membayar bayaran tunai AS$2.5 bilion dan memberikan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata setakat ini, pasukan petugas berkenaan masih dalam proses mendapatkan arbitrasi atau timbang tara sebagai usaha menyelesaikan perkara itu.
Menurutnya, proses untuk memperoleh pemulihan aset AS$1.4 bilion itu juga akan mengambil masa yang lama kerana bergantung kepada keputusan Goldman Sachs sama ada mahu melawan tuntutan kerajaan Malaysia berhubung perkara itu menerusi prosiding undang-undang.
1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak AS$606 juta kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah AS$6.5 bilion.
Penglibatan secara langsung Goldman Sachs dalam skandal 1MDB telah menyaksikan syarikat itu didenda oleh pelbagai pihak pengawal selia, termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang berjumlah AS$2.9 bilion.
Jumlah denda dibayar Goldman Sachs adalah melebihi bayaran tunai yang dibuat kepada kerajaan Malaysia (AS$2.5 bilion), walaupun Malaysia mengalami kesan terbesar daripada skandal 1MDB apabila perlu membayar sebanyak AS$6.5 bilion (jumlah prinsipal) serta faedah kira-kira AS$3.2 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk melunaskan hutang 1MDB.
Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada cubaan Goldman Sachs untuk mengimbangi denda yang dikenakan terhadap AMMB Holdings Bhd (RM2.8 bilion) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC (AS$1.8 bilion) terhadap jaminan pemulihan aset bernilai AS$1.4 bilion.
Goldman Sachs menyatakan bahawa obligasinya di bawah jaminan pemulihan aset telah dilepaskan melalui usaha itu.
Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempertikaikan perkara itu dan menegaskan bahawa denda yang dikenakan terhadap Ambank serta penyelesaian dengan IPIC tidak termasuk dalam skop jaminan pemulihan aset yang bernilai AS$1.4 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Johari berkata perkara itu merupakan faktor syarikat berkenaan mengambil kesempatan untuk tidak mahu membayar jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia. - Foto fail/BERNAMA

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.