Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor bersetuju menyelesaikan urusan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dalam tempoh 60 hari dengan menghidupkan kembali Perjanjian Induk.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Mohamed semalam untuk menyelesaikan isu tertangguh dan perkara yang menghalang pelaksanaan Perjanjian Induk itu.
"Saya gembira kerana mesyuarat semalam membuahkan hasil dan Menteri Besar itu bersetuju memuktamadkan urusan penstrukturan semula secepat mungkin dengan menghidupkan kembali Perjanjian Induk.
"Kedua-dua kami bersetuju untuk menyelesaikan urusan penstrukturan semula itu dalam tempoh 60 hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ongkili berkata mereka bersetuju untuk meneliti kembali isu tertangguh dan mencari penyelesaian secara baik demi kesejahteraan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terjejas oleh ketidaktentuan bekalan air.
"Sehubungan itu, para pegawai dari kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan duduk berbincang dengan segera untuk meneruskan tindakan perlu diambil bagi melaksanakan Perjanjian Induk," katanya.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan memberi masa hingga 30 April 2015 kepada kerajaan negeri Selangor untuk memutuskan sama ada ingin meneruskan pelaksanaan Perjanjian Induk itu.
Ongkili berkata dengan komitmen terbaru Menteri Besar itu, kerajaan negeri Selangor juga berjanji untuk memenuhi kesemua komitmen yang dibuat sebelum ini bagi mempercepatkan pemberian kelulusan terhadap permit dan tanah yang diperlukan bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 serta sistem pengagihannya.
Katanya, kerajaan persekutuan bimbang urusan penstrukturan semula dan projek Langat 2 yang tertangguh akan menjejaskan jaminan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang mempunyai margin simpanan air terawat kira-kira dua peratus sahaja.
"Wujud juga kebimbangan bahawa rakyat akan lebih menderita pada musim kemarau memandangkan simpanan air di pelbagai tempat menakung air tidak berada pada paras biasanya," kata beliau.
Ongkili berkata ketidaktentuan tentang bekalan air pada masa akan datang memaksa pihak berkuasa mengambil langkah berwaspada dalam meluluskan projek pembangunan yang memerlukan bekalan air.
Setakat ini, kata beliau, 803 projek, termasuk ameniti, kemudahan, perumahan, pusat komersial dan perniagaan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur tidak dapat dimulakan.
"Kerajaan persekutuan memerlukan komitmen dan persetujuan tidak bersyarat daripada kerajaan Selangor dalam memuktamadkan urusan penstrukturan semula dan mempercepatkan pelaksanaan sepenuhnya projek Langat 2 yang amat kritikal dan amat diperlukan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Perbincangan yang diadakan sepanjang dua tahun lepas merintis jalan kepada pemeteraian satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor pada 26 Feb, satu kepala perjanjian (HoA) pada 1 Ogos dan akhirnya Perjanjian Induk pada 2 Sept tahun lepas.
Bernama
Wed May 20 2015

Sebelum ini, kerajaan persekutuan memberi masa hingga 30 April 2015 kepada kerajaan negeri Selangor untuk memutuskan sama ada ingin meneruskan pelaksanaan Perjanjian Induk itu.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.

Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.

Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.

Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.

Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.

7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.