KUCHING: Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, cadangan itu juga wajar dibincangkan dan tidak seharusnya ditolak bulat-bulat terutamanya dalam negara demokrasi yang meraikan kepelbagaian pendapat.
Jelasnya mungkin melalui Perjanjian Malaysia baharu itu juga pelbagai isu serta cadangan berkaitan Sarawak seperti penambahan kerusi Parlimen di negeri itu boleh menjadi realiti.
"Jadi barangkali melalui new deal (perjanjian baharu) ini kita (Sarawak) akan dapat satu pertiga kerusi Parlimen, itu sudah cukup baik. Ini juga satu ruang terbuka untuk penambahbaikan apa yang kita ada (hak sedia ada).
"Malah dalam isu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mungkin Sarawak boleh dapat lebih lagi. Oleh itu, kita perlu berani meneroka dan bergerak ke hadapan serta berani untuk berunding dengan lebih lagi," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Hari Sarawak Yang Penuh Makna", malam tadi.
Turut menjadi tetamu program berkenaan ialah saintis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Jayum Jawan dan Ketua Program Sejarah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Suffian Mansor.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang, awal bulan ini, mencadangkan agar kepimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu.
Katanya, ia sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, cadangan itu juga wajar dibincangkan dan tidak seharusnya ditolak bulat-bulat terutamanya dalam negara demokrasi yang meraikan kepelbagaian pendapat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PM Ismail Sabri pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.

Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

MA63: Dasar yang diputuskan Kerajaan PH masih diteruskan - Hanifah Hajar
Hanifah Hajar berkata, Kerajaan masa kini juga ingin melakukan yang terbaik dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.

Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi
Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.

GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing
Paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.

MA63: Pembentangan semula cadangan pindaan bergantung kepada usul
Usaha membentangkan semula cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adalah bergantung kepada usul mengenai isu yang akan dibentangkan pada persidangan DUN pada Selasa.

Kajian MA63 dijangka siap Jun ini - Shafie
Ketua Menteri Sabah itu juga berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia akan diadakan dari 22 sehingga 24 April ini.

Sabah pandang serius isu peribumi belum terima kewarganegaraan
Kerajaan negeri Sabah memandang serius mengenai masalah penduduk peribumi Sabah tinggal di kawasan pendalaman yang masih belum menerima kewarganegaraan.

PH iktiraf Sabah sebagai rakan kongsi - Azmin
Mohamed Azmin berkata, sebelum ini kerajaan di bawah Barisan Nasional gagal mengiktiraf Sabah sebagai 'equal partner' dalam Malaysia.