Masih terdapat segelintir masyarakat di negeri ini yang mengahwinkan anak mereka yang masih di bawah umur 18 tahun, kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Norazlinah Arif.
Beliau berkata meskipun undang-undang memberikan peruntukan perkahwinan, namun terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.
Katanya perkahwinan antara lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun, memberi cabaran serta tekanan psikologi dan fizikal yang merangkumi pendidikan, kesihatan, ekonomi, pembuat keputusan dan jenayah terhadap kanak-kanak.
"Keadaan seperti ini boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial dan moral kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat meneruskan pendidikan. Tidak mempunyai sumber kewangan, memikul beban kehidupan berkeluarga seawal usia di bawah umur.
"Selain kesan kepada bayi yang dilahirkan dari segi penjagaan, kebajikan dan lain-lain," katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut di sini, hari ini.
Program itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) dan turut hadir Pengarah JHEWA, Puan Masturah Haji Jamrah.
Norazlinah berkata adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memikirkan masa depan kanak-kanak, kerana mereka adalah tunjang harapan negara.
Justeru, katanya, ibu bapa dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dengan memberikan pendidikan awal yang secukupnya bagi mengelakkan kes perkahwinan kanak-kanak di bawah umur berlaku di negara ini khususnya di Sabah.
Menurutnya pihak guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan laporan kepada pihak yang berkaitan, sekiranya terdapat pelajar berhenti sekolah awal kerana berkahwin.
"Semua lapisan masyarakat, termasuk badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat secara amnya juga perlu bersama-sama memainkan peranan, mengamalkan sikap prihatin dan ambil tahu agar masalah akibat daripada perkahwinan kanak-kanak tidak berlaku," katanya.
Norazlinah berkata, masyarakat sendiri perlu mengetahui dan memahami isu serta cabaran perkahwinan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019
![Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508926718_KahwinMuda.jpg)
PIBG juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan laporan kepada pihak yang berkaitan, sekiranya terdapat pelajar berhenti sekolah awal kerana berkahwin. - Gambar hiasan
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738999944_Mengeluh.jpg)
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
![UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737931142_KhaledNordin.jpg)
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
![Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737533627_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
![Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
![Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700743986_HannahYeoh.jpg)
Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
![Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654621820_TBMEKAH.jpg)
Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi
Syarat ketat yang ditetapkan adalah untuk melindungi keselamatan kesihatan seluruh jemaah haji tahun ini.
![Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81646038745_AlMasjidAlHaram.jpg)
Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Pelawat dan jemaah dibenarkan masuk dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
![Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625131727_MahkamahKL.jpg)
Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18.
![COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617151315_AstraZenecavaccine.jpg)
COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca
Sepanyol menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk vaksin COVID-19 AstraZeneca.
![Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614299110_AhmadRuzman.jpg)
Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.