Perkahwinan di bawah umur seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah suatu 'keistimewaan’ kepada umat Islam dan sama sekali tidak bertujuan ‘menghalalkan’ kes rogol sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Ibrahim Lembut berkata Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa untuk membenarkan perkahwinan di bawah umur setelah siasatan rapi dijalankan selain ia tertakluk kepada persetujuan ibu bapa dan pasangan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata laporan sebua akhbar berbahasa Inggeris berhubung perkara itu, yang disiarkan pada 23 April 2016, adalah kurang tepat dan mengelirukan.
"Contoh-contoh kes yang dinyatakan oleh akhbar berkenaan melibatkan perkahwinan individu di bawah umur yang dirogol merupakan kes terpencil yang ditemui oleh Mahkamah Syariah, dan jumlahnya amat kecil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya individu yang terlibat melakukan kesalahan jenayah tersebut tetap dikenakan hukuman sebagaimana diperuntukkan secara jelas mengikut Kanun Keseksaan.
"Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Mahkamah Syariah Negeri-negeri sentiasa memantau setiap permohonan perkahwinan di bawah umur bagi mengelakkan sebarang bentuk penganiayaan terutama kepada individu di bawah umur," kata Ibrahim.
Malah, katanya, masyarakat bukan Islam juga dibenarkan menjalankan perkahwinan di bawah umur menurut undang-undang dengan pasangan yang belum mencapai usia 18 tahun perlu mengemukakan permohonan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Bernama
Sun Apr 24 2016
Permohonan perkahwinan di bawah umur sentiasa dipantau bagi mengelakkan sebarang bentuk penganiayaan. - Gambar Fail
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam
Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur.
Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian.
Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.