BAGI mereka yang mahu merasai suasana kehidupan zaman kepahlawanan Hang Tuah Lima Bersaudara, impian tersebut boleh direalisasikan dengan berkunjung ke Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka yang kini diberi wajah baharu.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Mohd Nasruddin Rahman berkata, bermula 1 Februari ini, empat rumah sahabat Hang Tuah iaitu Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu akan dibuka kepada orang ramai dengan konsep dan keunikan tersendiri.
Katanya, penjenamaan semula empat rumah pahlawan pada era kegemilangan Kesultanan Melaka itu dilakukan sejak Rabu lepas dengan kerja-kerja membaiki, membersihkan serta memasukkan bahan pameran.
"Rumah-rumah ini ditutup agak lama. Jadi banyak yang perlu kita buat termasuklah menampilkan konsep pameran baharu agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini, kita jangka semuanya akan siap dalam minggu hadapan," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohd Nasruddin berkata koleksi senjata tradisional seperti keris dan tombak akan dipamerkan di Rumah Hang Jebat manakala Rumah Hang Kasturi akan mempamerkan koleksi pakaian tradisional masyarakat di Melaka seperti Melayu serta Baba dan Nyonya.
"Mereka yang ingin merasai atau mengimbau kenangan bermain permainan tradisional seperti congkak dan tingting, mereka boleh menunjuk bakat di Rumah Hang Lekir manakala juadah tradisi Melaka seperti asam pedas dan kuih onde-onde boleh dirasai di Rumah Hang Lekiu," katanya.
Bagi Rumah Hang Tuah pula beliau menjelaskan ia akan kekal sebagai pusat pameran utama yang memaparkan sejarah pahlawan Melayu tersebut bersama empat saudaranya di bumi Melaka.
Mengulas mengenai bahan pameran, Mohd Nasruddin berkata kebanyakannya adalah milik Perzim namun, bagi koleksi pakaian tradisional pihaknya mendapat kerjasama daripada Pak Andak atau nama sebenarnya Raja Andak Raja Hussin yang memiliki pelbagai pakaian terutama untuk majlis perkahwinan yang mungkin sudah tidak wujud dalam pasaran masa kini.
"Jadi kami berbesar hati apabila Pak Andak sudi berkongsi pakaian-pakaian tersebut untuk dipamerkan kepada pengunjung.
"Dalam masa yang sama, kami turut menyediakan beberapa jenis pakaian tradisional untuk pengunjung mencubanya dan bergambar di sekitar Perkampungan Hang Tuah bagi satu tempoh masa yang ditetapkan," katanya.
Bagi memeriahkan lagi suasana perkampungan seluas 16 hektar itu, Mohd Nasruddin menjelaskan pengunjung boleh menikmati hidangan tradisional Melaka bersama ulam-ulaman yang ditanam segar di sekeliling Rumah Hang Lekiu.
Beliau berkata menu juadah yang berubah mengikut hari dan dihidangkan di dalam pinggan mangkuk vintaj itu akan dinikmati pengunjung dalam suasana kampung dengan duduk bersila di kawasan beranda rumah kayu tersebut.
"Pakej harga akan kita tentukan kemudian. Namun apa yang pasti, masakan akan dimasak ketika tempahan dilakukan.
"Jadi bayangkan sambil makan bersila, anda boleh menyaksikan anak-anak bermain permainan tradisonal di rumah sebelah (Rumah Hang Lekir).
"Inilah yang kita mahukan pengunjung rasa. Kita harap dengan penjenamaan semula empat rumah pahlawan ini, pengunjung dapat merasai suasana sebenar masyarakat Melayu lama dahulu yang mungkin generasi sekarang sudah tidak dapat rasakan lagi," katanya. -- BERNAMA
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sun Jan 09 2022
Penjenamaan semula empat rumah pahlawan pada era kegemilangan Kesultanan Melaka itu dilakukan sejak Rabu lepas dengan kerja-kerja membaiki, membersihkan serta memasukkan bahan pameran. - Bernama
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Perkampungan Hang Tuah berwajah baharu, tampil empat konsep unik
Bermula 1 Februari ini, empat rumah sahabat Hang Tuah akan dibuka kepada orang ramai dengan konsep dan keunikan tersendiri.