Kemajuan Masyarakat Orang Asli diberikan perhatian serius oleh kerajaan dengan pentadbiran perkampungan masyarakat terbabit diuruskan bukan sahaja melalui tok batin dan penghulu tetapi turut melibatkan badan progresif dinamakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Ajis Sitin dalam satu kenyataan berkata anggota MPKKOA dilantik secara undian oleh penduduk tanpa mengira latar belakang politik dengan mematuhi tatacara yang ketat.
"Anggota majlis akan dipilih secara undian setiap dua tahun di mana MPKKOA menjadi ranting kepada pentadbiran JAKOA di peringkat kampung," katanya.
Katanya selain itu, JAKOA amat menghormati institusi tok batin dan penghulu dalam kalangan suku kaum masyarakat Orang Asli di negara ini, dan kini fungsinya lebih meluas meliputi perkara-perkara berkaitan pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, dan bukan lagi terhad kepada isu kebudayaan dan adat resam.
"Pelantikan tok batin/penghulu dibuat melalui keturunan di mana tok batin/penghulu yang meninggal dunia hendaklah digantikan dengan anaknya," katanya.
Ajis berkata kedua-dua institusi itu merupakan inisiatif kerajaan pusat ke arah pengurusan pembangunan manusia yang lebih berkesan dan mereka turut dibayar elaun bulanan oleh Kerajaan Persekutuan.
JAKOA yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri turut melakukan perancangan secara teliti supaya segala inisiatif yang dirangka akan berjaya direalisasikan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019

AJIS: Anggota majlis akan dipilih secara undian setiap dua tahun.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Perkampungan Orang Asli diurus oleh tok batin bersama badan progresif
Kemajuan Masyarakat Orang Asli diberikan perhatian serius oleh kerajaan dengan pentadbiran perkampungan masyarakat.

Ajis Sitin Orang Asli pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKOA
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mencipta sejarah hari ini apabila melantik seorang orang asli dari suku kaum Semai sebagai Ketua Pengarah yang baru.