KUALA LUMPUR: Proses semak dan imbang Kerajaan Perpaduan sememangnya sudah wujud secara sendiri memandangkan ia terdiri daripada komponen parti politik yang pelbagai.
Namun begitu, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor, Dr Ng Ming Yip berkata, pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas adalah antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan proses yang lebih terbuka dan telus.
"Institusi ketua pembangkang dan jawatankuasa pilihan khas perlu diperkasakan bagi memberikan lebih banyak autoriti kepada institusi-institusi ini.
"Kita tidak mahu kerajaan yang monopoli segala keputusan, tetapi ada pihak yang memberikan maklumat dan input tambahan.
"Dalam aspek semak dan imbang, jawatankuasa pilihan khas parlimen sangat penting. Dulu kita ada sembilan, sekarang sudah ada penambahbaikan kepada 11.
"Hasil MoU yang diadakan oleh kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan sebelum ini, kita ada kewangan, keselamatan, kebebasan asasi dan hak di bawah perlembagaan, dan sebagainya.
"Antara reformasi yang telah dilaksanakan adalah menaikkan dan mengimbangi nisbah keanggotaan antara kerajaan dan pembangkang - yang terkini 5:4, yang saya lihat agak seimbang," katanya ketika muncul dalam program Pantau Kerajaan Baharu, semalam.
Tambahnya, Kerajaan Perpaduan yang terhasil daripada perbincangan antara pelbagai parti politik memberi cabaran dari segi keputusan dan hasil perbahasan di Parlimen.
"Kerajaan Perpaduan kena fikir macam mana nak memastikan atau meluluskan undang-undang atau dasar.
"Dua pertiga itu bukan satu jaminan kukuh, sebab ideologi yang berlainan akan memberi pengaruh terhadap keputusan.
"Itulah peranan pembangkang, iaitu memberikan respon dan maklum balas yang konstruktif atau cadangan yang baik kepada kerajaan, supaya apa yang berkaitan isu-isu yang harus diselesaikan segera seperti kos sara hidup dan pemulihan ekonomi, akan dilaksanakan seperti yang dirancang," kata Ng lagi.
Madiha Abdullah
Sun Dec 11 2022

Dalam aspek semak dan imbang, jawatankuasa pilihan khas parlimen sangat penting, kata penganalisis Dr Ng Ming Yip. - Gambar fail BERNAMA

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas

Kerajaan dan pembangkang, ibarat hempedu lekat di hati
Kerajaan dan pembangkang perlu mempunyai hubungan yang konstruktif demi membentuk demokrasi yang lebih matang dalam negara.

PH tubuh jawatankuasa pantau manifesto PN Terengganu
Jawatankuasa melibatkan wakil dari parti-parti komponen PH itu akan dibentuk dalam tempoh terdekat.

Media berperanan semak dan imbang tadbir urus - Fahmi
Agensi media kerajaan dan swasta diingatkan berkhidmat demi kepentingan rakyat bukan untuk agenda tersembunyi atau kepentingan peribadi.

Perkasa jawatankuasa pilihan khas pastikan proses semak dan imbang lebih terbuka - Penganalisis
Pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan proses yang lebih terbuka dan telus.

Pasca PRU15: Bersih gesa mekanisme semak dan imbang berkesan
Bersih menggesa mekanisme semak dan imbang yang kukuh serta berkesan bagi melindungi kepentingan awam.

LPPR amal prinsip semak dan imbang, telus banteras rasuah
SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Majlis Pemulihan Negara disertai pelbagai pihak untuk jamin proses semak dan imbang - Tengku Zafrul
Selain pakar pelbagai bidang, MPN juga menjemput penglibatan wakil-wakil daripada parti pembangkang untuk memastikan ketelusan gerak kerja majlis itu.

Undi18: Armada kesal, tetapi faham situasi SPR
ARMADA Bersatu kesal dengan penangguhan Undi18 tetapi faham dengan situasi SPR yang perlu meneliti kaeadah sesuai agar tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak.

Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.