Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mendesak supaya kerajaan menarik balik kerakyatan penyanyi rap, Wee Men Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee yang disifatkan semakin biadap dan kurang ajar.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar menegaskan kerajaan tidak boleh lagi berlembut dengan remaja kelahiran Johor ini kerana sering membuat kenyataan dan video yang mengguris hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.
Katanya, Perkasa kesal dengan sikap pihak berkuasa yang terlalu banyak memaafkan pihak yang membuat kenyataan menghina agama Islam dan bangsa Melayu hingga dilihat semakin ramai berani membuat kenyataan dan video yang mengguris hati.
"Kita (Perkasa) lihat akibat sikap berlembut kerajaan dengan meminta pihak yang membuat kontroversi ini memohon maaf akhirnya makin ramai yang biadap dan kurang ajar.
"Jadi sudah cukup dengan minta supaya mohon maaf, Perkasa desak tindakan tegas diambil segera supaya tidak ada lagi pihak yang berani membuat kenyataan atau video yang menguris perasaan orang Melayu," katanya pada sidang media di sebuah hotel petang tadi.
Abdul Rahman berkata beliau bimbang jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang biadap itu, rakyat akan bertindak sendiri dengan membelakangkan undang-undang negara.
"Namewee bukan pertama kali membuat video yang menguris perasaan orang Melayu dan biadap terhadap kerajaan tetapi tidak ada tindakan dikenakan.
"Sebelum ini Namewee hina lagu Negaraku, kita mintak dia mintak maaf dan lepaskan, kali ini dia pertikai keputusan kerajaan tangguh tanyangan filem New Village, dia sudah melampau, tarik balik kerakyataan orang seperti ini," katanya lagi.
Abdul Rahman dalam sidang media itu juga berkata Namewee menjadi semakin berani atas kelemahan sendiri.
"Saya tidak sanggup perkara ini berterusan, bangsa, agama, Rukun Negara dihina dan tidak lagi diberi perhatian.
"Sikap yang berlaku sudah melebih-lebih, tiada rasa hormat dan harmoni, jadi kenapa kita nak berterusan begini," katanya.
Menerusi video terbarunya berjudul '017 Double Standard' selama lima minit 23 saat, Namewee mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Tindakan itu telah menerima kritikan keras daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan Namewee sebagai "budak bodoh, berhingus, dan buta sejarah".
Namewee dalam videonya yang dimuat naik YouTube juga memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village.
Nazri juga mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.
"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," kata Nazri.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 05 2013
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
PPS di Saratok masih dibuka, tempatkan 91 mangsa banjir
Setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.
MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.
Kes Namewee dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perintah reman terhadap penyanyi rap itu juga tamat hari ini.
Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina
Penyanyi rap kontroversi itu ditahan kira-kira jam 2.45 petang tadi.
10 NGO buat laporan polis video 'Like A Dog'
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.
Klip video Namewee: Polis buka kertas siasatan
PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang mengguris sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Sisi molek kita dalam 'Ali AhKao dan Muthu'
Selain Namewee, lagu 'Ali AhKao dan Muthu' turut menampilkan Aniq dari program Ceria Popstar 2016 dan anggota Alleycats, Datuk David Arumugam.
Klip video: Namewee dibebaskan dengan jaminan polis
Penyanyi rap kontroversi, Namawee atau nama sebenarnya Weng Meng Chee, 32, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman empat harinya tamat, pada Khamis.
Klip video Namewee: Polis dapatkan bantuan Interpol kesan tiga penyanyi lain
Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan tiga lelaki yang turut terlibat dalam klip video lagu Namewee.
Namewee ditahan polis bantu siasatan klip video hina Islam
Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di KLIA sebaik tiba dari luar negara hari ini.
"Ia bukan soal kaum, ia tentang jenayah," kata Namewee, Afdlin Shauki
Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.